suria

Isteri orang selamba hantar mesej nakal, Irsyadi Noor terkejut terima gangguan selepas babak mesra bersama Ellie Suriaty

Irsyadi tenang diganggu wanita nakal.

SEJAK kemunculannya dalam drama bersiri Ibu Aji, pelakon Irsyadi Noor mengaku sering menerima mesej berbaur nakal daripada wanita berusia, termasuk yang sudah bergelar isteri orang.

Menurut Irsyadi, 33, ada antara mereka berani turut berani menghantar gammbar tidak senonoh semata-mata untuk menarik perhatiannya.

"Saya dapat banyak mesej daripada wanita berusia. Ada yang mesej nakal, hantar gambar pun ada.

Irsyadi terkejut dengan godaan tak henti.

"Kebanyakan mereka isteri orang. Saya tak layan, cuma rasa takut. Harap suami-suami jagalah isteri masing-masing," katanya kepada mStar.

Bukan hanya itu, Irsyadi turut mendedahkan dia juga menerima gangguan daripada golongan lelaki yang ingin mendekatinya.

"Ada yang ajak keluar dan makan bersama. Siap tanya saya tinggal di mana sebab nak beri hadiah.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen rehat sembilan bulan, siapkan diri untuk watak baharu… Mahu tampil berbeza

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tawar hati selepas ditahan, isteri Mamat Sepah nekad tinggalkan kerjaya polis

"Saya pun terkejut dan tak sangka boleh sampai tahap itu," ujarnya lagi.

Irsyadi berkata, semua gangguan tersebut mula diterima selepas babaknya bersama pelakon handalan, Ellie Suriaty dalam drama Ibu Aji menjadi tular di media sosial.

Menurutnya, meskipun beberapa adegan seperti menjilat kaki mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, namun dia teruja kerana berjaya dibuat melalui hasil bimbingan pengarah, Amor Rizan.

Gandingan Ellie dan Irsyadi jadi perhatian.

"Alhamdulillah, untuk babak-babak sebegitu saya dibimbing sepenuhnya oleh pengarah. Dia banyak bantu saya dapatkan ekspresi muka yang tepat.

"Kak Ellie pula beri tenaga lakonan yang sangat kuat. Itu yang buatkan babak itu nampak hidup," kongsinya.

Ibu Aji boleh ditonton di platfrom Karya Reels.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain