suria

Meerqeen rehat sembilan bulan, siapkan diri untuk watak baharu… Mahu tampil berbeza

Meerqeen sediakan diri untuk karya baharu.

PELAKON Meerqeen mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan selama sembilan bulan sebagai persiapan sebelum memulakan penggambaran sebuah filem aksi pada tahun depan.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, berkata tempoh rehat  diisi dengan latihan serta persiapan rapi untuk menjayakan watak dalam naskhah baharu itu.

"Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan mula bercuti September lalu sehingga Mei depan.

Meerqeen teruja dengan karya baharunya.

"Namun cuti ini bukan untuk duduk diam. Saya gunakan masa ini untuk membuat persiapan fizikal dan mental kerana penggambaran akan bermula tahun hadapan," katanya kepada mStar.

Menurut Meerqeen, dia sememangnya terbiasa memberikan ruang kepada diri sendiri untuk ‘melepaskan’ sisa watak lama sebelum menyelami karakter baharu.

"Kalau orang tengok saya senyap, bukan bermakna saya tak buat apa-apa. Saya sedang sediakan diri sepenuhnya untuk projek seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen sanggup ambil risiko, kurang bergaul di set demi ‘Thariq Ridzuwan’

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen tak layan kecaman netizen, turun 12 kg demi ‘Thariq Ridzuwan’

"Kali ini saya bukan saja tumpu pada fizikal, tapi juga mendalami karakter dengan lebih mendalam. Saya cuba dimensi baru yang belum pernah saya bawa sebelum ini," ujarnya.

Meerqeen bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi lanjut tentang projek tersebut kerana mahu menjadi kejutan buat peminat.

Filem Klepet lakonan Meerqeen, Eric dan Aedy Ashraf bakal bertemu penonton November ini.

"Saya percaya projek ini adalah yang terbaik pernah saya sertai. Minat saya terhadap lakonan sangat mendalam, jadi saya perlu ada rasa ‘lapar’ supaya dapat memberikan yang terbaik tanpa gangguan.

"Saya mahu buat perubahan menyeluruh, bukan sahaja dari segi fizikal tapi juga cara saya mendekati watak. Ini cabaran yang saya ambil dengan penuh komitmen," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain