suria

Ramai minta tukar, Elly Mazlein muktamad pilih gaya sama - "Terima kasih Malaysia"

Elly selesa dengan gaya tudung diperagakannya setakat ini.

PENYANYI dan pengacara, Elly Mazlein menegaskan dia akan terus kekal dengan gaya tudung yang digayakan kini meskipun menerima pelbagai pandangan daripada netizen.

Menghargai setiap sokongan peminat, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, juga mengakui selesa dengan penampilan terbaharunya itu, 

“Assalamualaikum Malaysia... Ramai yang beri sokongan pada saya, terima kasih dan saya amat hargai.

Elly hargai pandangan netizen.

"Tapi ada juga yang minta saya tukar gaya tudung. Saya terima semua pendapat dan menghargainya.

"Namun saya muktamad akan pakai tudung cara saya pakai sekarang ini, selesa sangat. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Elly berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Sabtu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan menyokong keputusan yang dilakukan Elly.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah percubaan, Elly Mazlein mula berhijab... Suami cium dahi tanda sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein buat kejutan, tampil bertudung di pentas akhir Kilauan Emas 2025

“Tak mengapa Elly, ikut cara mana yang Elly rasa sesuai. Yang penting istiqamah. Biasalah, manusia takkan pernah puas hati dengan hidup orang lain.

“Saya suka gaya tudung Elly, cantik dan nampak sopan.

“Ikut keselesaan sendiri, tak perlu dengar sangat kata-kata negatif netizen,” tulis netizen.

Perkongsian Elly di Instagramnya.

Elly sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila tampil berhijab ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung pada 4 Oktober lalu.

Penampilan sopan itu mendapat pelbagai reaksi, termasuk pujian daripada peminat yang rata-ratanya mendoakan agar Elly terus istiqamah dalam penghijrahannya.

Dalam pada itu, Elly turut memaklumkan bahawa semangat perjuangan yang ditunjukkan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza turut memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

Katanya, melihat pengorbanan dan keberanian mereka membuka mata serta hati untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain