PERSONALITI media sosial Kasih Iris Leona sekali mencuri perhatian netizen apabila tampil berani menari bersama sekumpulan krew kabin AirAsia di konsert Hausboom Music yang berlangsung meriah pada malam Sabtu.
Festival itu diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor dan menghimpunkan pelbagai artis serta penghibur tanah air dalam satu konsert berskala besar yang berjaya menarik ribuan pengunjung.
Leona, 23, kelihatan lincah menarikan lagu Kopi Dangdut sambil mengenakan busana serba merah yang menyerlahkan auranya di atas pentas.

Leona ketika di atas pentas menari bersama krew kabin AirAsia.
Bukan sekadar menghiburkan penonton, Leona turut berseloroh mengenai bakat baharunya itu yang seakan memberi bayangan ingin menceburi dunia seni sebagai penari dangdut.
"Tiba masanya saya mulakan karier baharu sebagai dangdut superstar," katanya.
Leona berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di TikTok miliknya pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Leona ubah cita rasa, kini tertarik dengan lelaki Sepanyol
ARTIKEL BERKAITAN: Leona senyap-senyap mohon kursus ‘degree’ diminati, tak mahu ikut pilihan ibu bapa
Aksi spontan namun bertenaga itu nyata menghiburkan ramai, malah, rata-rata netizen tampil memberikan reaksi positif terhadap penampilan Leona yang disifatkan sebagai berani dan penuh keyakinan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji keberaniannya mencuba perkara baharu selain mengagumi sikap Leona yang tidak mudah terkesan dengan kritikan.
"Comelnya Leona, semua benda dia boleh buat. Sekarang dah tunjuk bakat menari pula.

Netizen puji sikap Leona tidak mudah terkesan dengan kritikan.
"Mek dangdut... Menari pun hebat Leona ni. Saya sahaja ke rasa dia buat apa-apa pun tak rasa nak kecam?
"Leona ni seorang yang jiwa kental, dia tak kisah segala kritikan netizen. Dia ada dalam dunia dia sendiri," tulis netizen.
Sekadar info, video Leona menari dangdut yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya hampir mencecah 100,000 tontonan dalam tempoh kurang daripada dua jam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


