DEMI mendapatkan sentuhan seorang komposer hebat, penyanyi Syamel sanggup terbang jauh ke Manchester, United Kingdom untuk menjayakan karya istimewa berjudul Beribu Tanda Tanya sebuah lagu yang sarat dengan emosi dan persoalan jiwa
Menurut Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, berkata Beribu Tanda Tanya merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim yang kini menetap di sana.
Lebih menarik lagi, keseluruhan proses rakaman dijalankan di Voltalab Sound Studio, sebuah studio bersejarah di UK yang pernah menjadi lokasi rakaman bagi kumpulan legenda Oasis.

Syamel menerima bimbangan sepenuhnya daripada Edry.
“Lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu yang ‘mahal’ sebab saya perlu ke Manchester untuk berjumpa dengan Edry yang menetap di sana. Semua proses, dari rakaman hingga ke pembikinan visualizer dilakukan sepenuhnya di Manchester.
"Pengalaman merakam lagu ini sangat ‘priceless’ sebab kami menggunakan khidmat jurutera bunyi tempatan dan studio yang penuh sejarah. Antara artis legenda UK seperti Oasis pernah merakamkan lagu mereka di studio yang sama.
"Saya rasa sangat dihormati dapat merakam Beribu Tanda Tanya di sana” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Merajuk sehari dua saja...” - Kecewa tak berpanjangan, Syamel dah ‘move on’ gagal ke AJL39
ARTIKEL BERKAITAN: Syamel aktif futsal, Ernie Zakri lulus tanpa bantah… “Jangan masa bercinta tak buat perkara yang kita suka”
Lagu ini diterbitkan hasil kerjasama antara Universal Music Malaysia dan Alternate Records.
Menurut Syamel, Beribu Tanda Tanya membawa pendengar menyelami emosi seseorang yang dihantui persoalan yang tidak pernah berpenghujung.
Jelasnya setiap bait lirik dibina berasaskan soalan-soalan yang membelenggu hati dan fikiran satu naratif yang dekat dengan pengalaman ramai orang.
“Cerita mengenai lagu Beribu Tanda Tanya adalah tentang persoalan yang banyak membelenggu fikiran dan hati seseorang. Dia meluahkan rasa melalui nyanyian, penuh dengan harapan, kesedihan dan tanda tanya yang tidak berpenghujung.

Syamel bangga dapat rakamkan lagu di studio bersejarah di UK.
“Lagu ini sangat unik dari segi penceritaan, ia dibina berdasarkan soalan yang diajukan dalam lirik. Ramai yang mungkin pernah alami situasi hubungan yang tergantung tanpa jawapan. Jadi saya harap bila orang dengar, mereka akan rasa dekat dengan kisah ini,” kongsinya.
Tidak hanya itu Beribu Tanda Tanya turut akan menjadi lagu tema (OST) bagi drama bersiri terbaru berjudul Doa Yang Terlindung.
Drama ini bakal ditayangkan di Media Prima tidak lama lagi dan dijangka menyentuh hati penonton dengan jalan cerita penuh emosi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


