SETIAP anak pastinya mengharapkan kejujuran daripada ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara penting berkaitan asal-usul dan latar belakang keluarga sendiri.Seorang gadis meluahkan rasa terkejut dan kecewa selepas baru sahaja mengetahui status kelahirannya yang didakwa tidak sah taraf. Katanya, dia hanya menyedari perkara tersebut ketika sedang mengisi permohonan menerusi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).Setiap pasangan inginkan kebahagian dalam kehidupan berumah tangga. -Gambar hiasan AI"Semalam dapat tau aku bukan anak sah taraf sebab masa nak isi SSPIM, aku tengok tarikh nikah mak ayah aku tiga hari sebelum tarikh lahir aku."Terus aku rasa terpadam dunia aku ini. Gelap," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia anak tak sah taraf terbongkar di pejabat kadi! Bapa akhirnya mengaku pernah terlanjur dengan ibu sebelum nikahARTIKEL BERKAITAN: Rahsia anak tak sah taraf 'pecah' masa hantar borang nikah... Wanita dihina mentua sebab bunting pelamin, 'dipalau' ketika berpantangLebih mengecewakan, dia mendakwa bapanya selama ini menyembunyikan sijil nikah sehingga menyebabkan dirinya tidak mengetahui perkara sebenar."Patutla ayah aku sorokkan sijil nikah dia. Gelap dunia aku bila dapat tahu hal ni selepas berpuluh tahun."Kenapa tak jujur? Sakit bila aku dapat tahu sendiri," katanya.Gadis terkejut selepas menyemak tarikh nikah ibu bapanya.Rahsia keluarga terbongkar ketika mengisi permohonan SPPIM.Ibu bapa didakwa bernikah tiga hari sebelum kelahirannya.Bapa didakwa menyembunyikan sijil nikah selama ini.Netizen bersimpati dan meminta gadis itu memaafkan ibu bapanya.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib yang dialami gadis tersebut dan mendoakan urusan perkahwinannya dipermudahkan."Saya pernah berdepan situasi tu, faham sangat. Jangan terlalu membenci mereka, ada sebab mereka merahsiakan perkara tu."Dosa tu sudah terjadi, maafkan mereka. Jangan bersedih, kahwin nanti bila dah ada anak doakan anak tak ulangi kesalahan yang sama," komen warga maya.