SUKAN bola keranjang tidak asing lagi di mata dunia dan sentiasa menjadi pilihan dalam kalangan remaja mahupun dewasa.Namun, tahukah anda bola keranjang pada asalnya bukan berwarna oren? Menurut laporan sebuah portal dari Amerika Syarikat, sejarah sukan berkenaan bermula pada tahun 1891 apabila seorang guru pendidikan jasmani, James Naismith, mencipta permainan itu di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).Ketika itu, Naismith berhasrat mencipta satu sukan dalam bangunan yang sesuai dimainkan ketika musim luruh dan sejuk, selain mahukan permainan berpasukan yang menyeronokkan tetapi tidak sekeras bola sepak.Pada peringkat awal, beliau hanya menggunakan bola sepak biasa sebelum mula memperkenalkan bola getah khas di sekolah tempat beliau mengajar. James Naismith merupakan individu terawal yang mencipta sukan bola keranjang. -Foto AgensiEvolusi permainan tersebut menyaksikan perubahan besar pada penghujung tahun 1940-an apabila bola yang diperbuat daripada gabungan getah, kulit dan bahan sintetik mula diguna pakai secara meluas di peringkat sekolah.Bagaimanapun, reka bentuk bola itu kemudiannya mendapat sentuhan penambahbaikan daripada seorang lagi guru jasmani, Paul Tony Hinkle, yang mencadangkan agar warna bola berkenaan ditukar.Langkah itu diambil berikutan warna asal bola yang dianggap terlalu gelap sehingga menyukarkan pandangan, terutamanya ketika perlawanan sedang rancak berlangsung.Hinkle kemudiannya mengesyorkan penggunaan warna oren terang bagi memudahkan pergerakan bola dikesan, sama ada oleh para pemain di gelanggang mahupun penonton di bangku penonton.Idea bernas itu ternyata memberi impak besar kepada dunia bola keranjang sehingga warna oren akhirnya diterima secara rasmi dalam pelbagai kejohanan di AS, sebelum menjadi ikonik di seluruh dunia sehingga ke hari ini.Justeru, pemulihan warna oren itu bukanlah rekaan suam-suam kuku untuk tujuan estetika semata-mata, sebaliknya mempunyai kelebihan praktikal bagi memastikan bola sentiasa jelas kelihatan sepanjang permainan.Meskipun sesetengah liga atau kejohanan moden kini menggunakan kombinasi corak dan warna variasi lain, bola oren tetap kekal sebagai lambang utama yang diiktiraf di peringkat tertinggi dunia.