BAGI kebanyakan individu, ujian mendaki bukit merupakan antara cabaran yang mendebarkan ketika menjalani proses mendapatkan lesen memandu.Malah, ramai calon gagal dalam ujian berkenaan apabila kereta dipandu mereka mengundur secara tidak sengaja ketika berhenti di atas cerun. Lebih teruk, segelintir pemandu juga masih takut-takut untuk memakir kereta di kawasan berbukit walaupun mereka sudah memiliki lesen memandu.Maka, teknik yang betul ketika mengendalikan kenderaan di kawasan berbukit sebenarnya penting bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.Tip letak kenderaan di kawasan berbukitSeorang wanita berkongsi satu tip yang dipelajarinya daripada suami, mengenai kedudukan tayar ketika memakir kereta di kawasan cerun."Ilmu baru, suami pesan kalau parkir dekat kawasan berbukit, jangan biar tayar lurus. Sengetkan tayar sebelum keluar kereta.Wanita itu berkata suaminya berpesan supaya kedudukan tayar kereta disengetkan ketika ia diparkir di kawasan cerun. -Foto Threads."Aku baru tahu. Selama ni aku letak gear Parking (P), kemudian tarik brek tangan dan terus keluar," tulis pemilik akaun Threads Makdakrizqy itu.Bagaimanapun, ramai netizen tampil memberikan pandangan masing-masing berhubung teknik berkenaan.Malah, ada yang tidak bersetuju dengan perkongsian itu memandangkan teknologi kenderaan hari ini juga sudah berubah."Apa yang saya faham, teknik ini berguna untuk kereta manual. Ada kemungkinan kita tarik brek tangan tak cukup grip. Kalau kereta auto, sekali letar gear P, kereta dah tak boleh bergerak."Buat macam ni untuk kereta manual je. Kereta auto tak payah." tulis beberapa netizen.