suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tolong saya, ya Allah!” - Sayup-sayup dengar jeritan, jiran terlopong nampak warga emas dipukul anak sendiri sampai mati

Lokasi mangsa ditemukan terbaring dengan kecederaan parah di kepala.

TRAGEDI meruntun jiwa menimpa seorang warga emas apabila dia maut dipercayai di tangan anak lelakinya sendiri.

Difahamkan mangsa parah di kepala akibat dihentak dengan batu.

Lebih menyayat hati, mangsa sempat menjerit meminta pertolongan sebelum suspek didakwa tergamak memukul kaki bapanya itu bagi memastikan sama ada warga emas tersebut sudah benar-benar meninggal dunia atau sebaliknya.

Kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku di Kampung Garangan, daerah Wonosamadro, Jawa Tengah kira-kira pukul 5.20 pagi Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Subar, 76, manakala suspek merupakan anak lelakinya yang berusia 35 tahun.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Boyolali, AKP Joni Aryanto berkata, kejadian itu disedari seorang jiran selepas terdengar kekecohan dari rumah mangsa.

Menurutnya, saksi kemudian mengintai melalui lubang pada dinding rumah dan melihat mangsa sudah terbaring dalam keadaan terlentang.

"Saksi terdengar kekecohan dan mangsa menjerit meminta tolong... tolong saya, ya Allah!

"Ketika saksi mengintai melalui lubang dinding, mangsa sudah terbaring terlentang, manakala suspek dilihat memukul kaki mangsa untuk memastikan sama ada dia sudah meninggal dunia atau sebaliknya," katanya pada Sabtu.

Tambah Joni, kejadian itu berlaku di bahagian kanan rumah mangsa sebelum saksi segera menghubungi jiran lain dan memaklumkan perkara tersebut kepada ketua kejiranan.

Bagaimanapun, ketika mengintai sekali lagi melalui tingkap, saksi mendapati suspek sedang memindahkan dan menyeret mangsa ke bahagian belakang rumah.

Susulan daripada itu, penduduk bergegas memberikan bantuan dan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

Susulan laporan polis yang dibuat, sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan tempat kejadian serta mengumpul bahan bukti.

"Kami merampas seketul batu yang mempunyai kesan darah," katanya.

Selain batu yang dipercayai digunakan dalam serangan itu, polis turut merampas sebatang cangkul dan sebuah guni putih bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain