PELAKON dan penyanyi Wafiy mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat kerana kekerapannya berkongsi video bersama anggota kumpulan XONE, Ellya Keesha.Wafiy atau Mohd Wafiy Ilhan, 24, bagaimanapun tidak bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hubungan mereka buat masa ini. Sebaliknya, dia meminta peminat menantikan perkembangan seterusnya pada pertengahan November depan. "Sebenarnya saya tidak bersedia untuk berkongsi lagi. Tapi apa yang boleh saya katakan tunggu pertengahan November nanti," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.Kapsyen video yang dimuat naik di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai.Mengulas mengenai reaksi peminat, Wafiy memberitahu dia turut membaca komen positif yang ditinggalkan orang ramai berhubung perkongsiannya bersama Ellya."Saya ada juga baca komen-komen positif daripada peminat. "Saya minta doa sahaja yang baik-baik ya," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Wafiy mahu buktikan sudah dewasa, bukan lagi pelakon kanak-kanak... “Mungkin mereka banyak tonton saya daripada kecil”ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tutup bisnes ikan teman ulang-alik dari Sabah ke KL, simpanan licin demi karier seni... Wafiy mahu balas pengorbanan keluargaSebelum ini, Wafiy memuat naik sebuah video di Instagram miliknya seolah memberi gambaran dia dan Ellya sedang keluar berjanji temu sambil menikmati makan malam bersama.Lebih mencuri perhatian, Wafiy turut meletakkan kapsyen seolah-olah sedang menghitung hari untuk sesuatu yang bakal berlaku."Dan bermulalah segalanya, tinggal enam hari lagi," tulisnya.