Ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan kepada anak-anak termasuk ketika berada di tempat awam. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita melahirkan rasa kecewa ketika berdepan dengan sepasang suami isteri yang disifatkan tidak mempunyai adab ketika berada di tempat awam.Lebih menyedihkan sikap itu ditunjukkan di hadapan anak mereka yang disifatkan dapat mempengaruhi akhlak dan personaliti kanak-kanak itu di kemudian hari. "Dalam lif tadi berselisih dengan satu pasangan bersama anak mereka. Suami dia masuk dulu sorong wagon, aku pun macam biasa tekan butang tolong tahan lif."Selepas itu baru bini dia masuk dengan anaknya. Tiada perkataan terima kasih langsung dekat aku. Senyum pun tidak mengapa," ceritanya di Threads.Sikap kita ketika menggunakan lif turut mencerminkan keperibadian diri. -Gambar hiasan AI Bercerita lanjut mengenai insiden itu, wanita itu memberitahu lif tersebut kemudiannya berhenti di tingkat seterusnya dengan isteri lelaki tersebut berdiri dekat dengan pintu.Disebabkan itu pintu lif berdepan kesukaran untuk ditutup kerana dihalang oleh wanita tersebut.Apa membuatkannya geram, suaminya hanya memerhati tanpa berbuat apa-apa walaupun tahu isterinya menjadi punca pintu lif tidak dapat ditutup."Aku tak boleh tahan dengan lelaki yang tak function. Sampai subuh ke aku kena tunggu? Aku pun cakap pintu itu boleh mengesan pergerakan, jadi puan kena masuk ke dalam sikit. ARTIKEL BERKAITAN: Sedangkan lidah lagi tergigit... Hello pasangan muda, cuba elak 5 perkara ini!ARTIKEL BERKAITAN: “Lif penuh dengan pasangan anak muda nak bermanja-manja” - Nabila Razali baru faham perasaan geng ibu bapa tolak stroller dalam mall"Barulah dia gerak masuk ke dalam, aku perasan dia sedang hamil. Kemudian aku tekan butang tutup dan pintu itu akhirnya tertutup," katanya."Sampai tingkat dia, aku tak tolong pun tahan pintu sebab bagi aku tiada guna tolong orang yang tiada adab."Ibu bapa macam inilah yang acah-acah melatah kalau ada orang lain mengadu fasal anak mereka."Tak mungkinlah saya tak ajar anak saya macam tu! Adab kepada orang yang menolong pun kau tak tunjuk depan anak.Meskipun sudah dibantu, pasangan terbabit langsung tidak terdetik untuk mengucapkan terima kasih atau maaf.Disebabkan sikap tersebut, ZN dengan sengaja tidak menahan pintu lif ketika tiba giliran pasangan itu keluar di tingkat mereka.Wanita kecewa pasangan muda tidak berterima kasih selepas dibantu di lif.Suami tidak membantu isterinya yang sarat mengandung menutup pintu lif.Wanita itu sengaja membiarkan pintu tertutup sewaktu mereka keluar kerana geram.Sikap buruk ibu bapa dibimbangi menjadi ikutan anak kecil mereka.Adab dan keprihatinan pasangan jauh lebih bernilai berbanding kekayaan harta.Ringkasan ini dijana oleh AI"Betullah apa aku baca sebelum ini, cabaran besar bagi ibu bapa bukan membentuk akhlak anak tetapi bentuk diri sendiri punya akhlak," katanya.Jelasnya lagi, seorang suami juga seharusnya lebih peka terhadap keselamatan isteri terutamanya apabila wanita tersebut sedang sarat mengandung.Ibu bapa juga seharusnya menunjukkan tauladan yang baik di hadapan anak-anak agar dapat mempengaruhi personaliti dan akhlak mereka."Biar miskin harta tapi jangan miskin adab! Miskin harta tidak mengapa asalkan dia ada kerja dan usaha cari rezeki halal. Miskin adab? Memang layak dihina," ujarnya.