PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali berkongsi pengalaman yang membuatkan dia kini lebih memahami cabaran golongan ibu bapa ketika keluar bersama anak kecil terutama di pusat membeli-belah.
Menurut Nabila, dia sebelum ini jarang membawa anaknya, Muhammad, keluar, namun sejak kebelakangan ini, dia mula merasai sendiri situasi yang sering dialami ibu bapa lain.
Katanya, perkara paling mencabar adalah ketika mahu menggunakan lif, lebih-lebih lagi apabila perlu membawa stroller.

Perkongsian Nabila di Threads miliknya.
"Saya ini jarang bawa Muhammad keluar ke mall. Baru-baru ini je kerap.
"Baru sekarang saya faham kenapa ibu bapa yang bawa anak kecil dengan stroller kadang-kadang marah bila lif penuh,” luahnya di Threads.
Nabila berkata, apa yang membuatkan dia lebih kesal apabila lif dipenuhi pasangan muda yang cuma mahu bermanja selain memiliki tubuh badan sihat.
ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan di Instagram jadi kenyataan, suami hadiahkan kereta kepada Nabila Razali
ARTIKEL BERKAITAN: 33 kotak bantuan untuk golongan memerlukan, Nabila Razali kongsi rezeki sempena ulang tahun
Dia berpendapat lif sepatutnya diutamakan untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka membawa stroller.
“Lagi pula penuh dengan pasangan anak muda nak bermanja-manja dalam lif, atau anak muda yang sihat tubuh badan.
"Kita yang tolak stroller ini pula kena tunggu pusingan seterusnya,” tambahnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang bersetuju bahawa kesedaran dan sikap bertolak ansur sangat penting, terutama di kawasan sesak.
Rata-rata warganet turut berharap agar lebih ramai anak muda menggunakan eskalator jika mampu, bagi memberi laluan kepada ibu bapa membawa stroller serta golongan yang benar-benar memerlukan kemudahan lif.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


