PENYANYI rap Zynakal meluahkan rasa kecewa terhadap teman wanita dan rakan-rakannya yang didakwa tidak memberi sebarang bantuan sewaktu dirinya melalui kesusahan.
Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli, 27, berkata tiada siapa benar-benar mengambil berat tentang dirinya kecuali ketika mereka memerlukannya.
"Pada akhirnya tiada siapa yang peduli fasal kau sampailah kau mati.

Perkongsian Zynakal di Instastory miliknya.
"Ada awek (teman wanita) pun tak guna, ada kawan pun tak boleh pakai. Semua ada waktu kau senang, waktu susah semua hilang," katanya.
Zynakal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Bagaimanapun hantaran itu dipercayai telah dipadam Zyanakal.
ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri tidak sempurna, Zynakal jaga batas pergaulan
ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal sedih pakcik OKU kena belasah, nak peluk bagi semangat
Dalam pada itu, Zynakal memberitahu dia kini memilih untuk bergantung pada diri sendiri kerana sudah tidak percaya dengan sokongan orang sekeliling yang dikatakan hanya hadir ketika dirinya berada dalam keadaan senang.
"Pandai-pandailah aku tolak sendiri. Nak harapkan orang? Tak ada orang nak teman waktu kau susah.
"Nasib aku tak mati, entah-entah kalau mati tak ada siapa pun datang sembahyangkan aku," ujarnya.
Luahan itu dipercayai dibuat selepas Zynakal mengalami kemalangan jalan raya pada Ahad.
Dalam perkongsian lain, Zynakal memuat naik foto kenderaan miliknya dilihat remuk akibat kemalangan.

Zynakal kecewa tiada individu yang berada di saat dia berdepan kesusahan.
Penyanyi berkenaan turut meluahkan rasa syukur kerana terselamat daripada kecelakaan itu.
"Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas. Terima kasih semua yang mendoakan saya," katanya.
Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Zynakal tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak dijawab.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


