suria

Cik Pia minta deposit jaminan kos RM75,000 selepas Azlan diisytihar muflis, Nilam miliki kewarganegaraan asing

Cik Pia memohon jaminan kos RM75,000 dikenakan pada Azlan dan Nilam.

SELEPAS berdepan saman fitnah daripada Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz, pempengaruh Norsufia Johari memohon jaminan kos RM75,000 dikenakan kepada pasangan selebriti itu. 

Ini kerana, Nur Nilam selaku plaintif pertama dikatakan adalah warganegara Thailand dan boleh meninggalkan negara pada bila-bila masa, manakala Azlan selaku plaintif kedua telah diisytiharkan bankrap. 

Peguam yang mewakili Norsufia atau lebih dikenali Cik Pia iaitu Datuk Adnan Seman dari Tetuan Adnan Sharida & Associates berkata, permohonan untuk jaminan kos oleh anak guamnya telah difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 

“Kes berkenaan melibatkan dua pihak plaintif, iaitu Norhaslinda Abdullah (Nur Nilam) dan Mohd Azlan Kamiran (Azlan) terhadap seorang defendan, Norsufia Johari. 

Cik Pia didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan provokasi di media sosial.

“Prosiding ini melibatkan dakwaan berhubung beberapa isu termasuk kerjasama perniagaan, penjualan produk, kenyataan di media sosial serta isu-isu berkaitan reputasi perniagaan.

“Justeru permohonan untuk jaminan kos oleh defendan telah difailkan pada Disember 2025 agar plaintif diarahkan membayar jaminan kos sebanyak RM75,000 dalam tempoh ditetapkan.

“Alasan-alasan permohonan adalah plaintif pertama adalah warganegara Thailand dan boleh meninggalkan negara pada bila-bila masa sahaja, manakal plaintif kedua adalah seorang yang bankrup,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Adnan Seman turut membuat permohonan untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif kedua dalam afidavit sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng dan isteri dapat perintah injunksi terhadap Cik Pia, halang sebarang kenyataan fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Pia terima 4 lagi surat tuntutan dakwaan fitnah, usahawan kosmetik mahu saman jika enggan mohon maaf

“Defendan menjelaskan bahawa plaintif kedua memfailkan tindakan mahkamah ini ketika dia masih berstatus bankrap (undischarged bankrupt) dan defendan percaya plaintif Kedua tidak mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Insolvensi (Sanksi) sebelum memfailkan tindakan ini,”katanya.

Dalam pada itu, Adnan Seman memberitahu prosiding membabitkan saman fitnah yang difailkan Nur Nilam dan Azlan akan mula bicara pada 13 dan 14 Jun tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 

Pada Ogos lalu, Azlan dan Nilam memfailkan saman fitnah terhadap Cik Pia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Cik Pia bersama dengan wakil peguam.

Tindakan terbabit diambil selepas Cik Pia didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan provokasi di media sosial.

Menurut dokumen mahkamah, kenyataan yang dibuat oleh Cik Pia didakwa mengandungi fitnah, tuduhan melampau, provokatif, manipulasi dan buli siber yang menyebabkan Nilam mengalami tekanan emosi lebih-lebih lagi dalam keadaan hamil.

Azlan dan Nur Nilam turut memperoleh perintah injunksi inter partes daripada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 November lalu terhadap  Cik Pia berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah. 

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut setelah meneliti hujahan dan dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain