suria

Erra Fazira kongsi detik awal bercinta dengan Ezwan Zain, bergayut telefon enam jam

Erra (kanan) berkongsi detik perkenalan dengan bakal suami.

PELAKON Erra Fazira mendedahkan detik awal perkenalannya dengan bakal suami, Ezwan Zain, termasuk pengalaman bergayut di telefon selama enam jam. 

Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata perkara itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini memandangkan dia lebih selesa berkomunikasi melalui mesej.

Namun kata Erra, Ezwan yang lebih suka membuat panggilan memberikan pengalaman baharu buatnya.

"Saya ini tak kaki bercakap dalam telefon. Nak apa-apa mesej saja. Dia (Ezwan) ni nak call-call. Tahu tak berapa lama?

Erra dan Ezwan (kiri) berkongsi detik perkenalan mereka menerusi podcast Kasi Onz.

"Pertama kali dalam hidup bercakap dalam telefon enam jam. Apa? Saya macam dia ni bila nak letak telefon. 

"Saya sampai boleh letak telefon dekat tepi dan buat kerja lain. Saya pertama kali tau bergayut lama macam tu. Tak pernah," katanya. 

Erra berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual audio siar di Kasi Onz yang dimuat naik di saluran YouTube. 

Sementara itu, Ezwan turut berkongsi cabarannya untuk berkomunikasi dengan Erra pada awal perkenalan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erra, Ezwan nikah 12 Disember ini

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan terdesak, Erra Fazira mahu teman hidup hingga akhir hayat… “Harap perkahwinan ini yang terbaik, terindah dan penutup”

Kongsi Ezwan, keadaan menjadi rumit kerana Erra tidak menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Saya kalau nak berkomunikasi dengan Erra cukup susah. Dia (Erra) ni tak ada WhatsApp. Korang pernah terfikir tak macam mana saya nak berhubung dengan Erra Fazira yang tak ada WhatsApp. 

"Orang pakai WeChat nak pergi China saja, Erra pakai di Malaysia secara meluas. 

"Saya mula-mula ingat dia tipu atau guna dua telefon. Jadi awal-awal itu kami kena berkomunikasi di Instagram," ujarnya.  

Erra bakal bernikah pada 12 Disember ini.

Mengimbas kembali detik pertemuan mereka, Erra berkata kali pertama mereka bertentang mata adalah di konti Sinar FM ketika dia menjadi penyampai radio jemputan. 

Dedah Erra, hubungan mereka bermula sekadar rakan dan tidak melibatkan perasaan. 

Namun, keserasian mula terjalin apabila mereka berbual tentang perkara-perkara yang lebih mendalam dan bukan sekadar sembang kosong.

"Kita kenal sebagai kawan, DM di media sosial. Memang tak ada melibatkan hati dan perasaan. Selepas itu kami jadi rapat dan selesa. 

"Saya mula rasa selesa dengan awak (Mr E) bila awak menunjukkan kesungguhan. Ada satu haritu awak buat effort luar biasa di mana awak bawa kerusi, meja, beria buat air kopi. Bawa makanan ala-ala camping. 

Erra bakal menamatkan status ibu tunggal tidak lama lagi.

"Bukan kerana effort itu saja, tetapi topik perbualan kita bukan ke arah gatal-gatal. Kami lebih bercerita fasal kehidupan. Saya rasa sebab itu mula rasa selesa dengan awak," katanya.

Sebelum ini, Erra mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Ezwan pada 12 Disember ini. 

Erra tidak dapat menahan sebak serta mengalirkan air mata ketika memaklumkan berita gembira itu.

Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu apabila Erra memuat naik ucapan berbaur romantik kepada Ezwan pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain