suria

Mawi buka peluang komposer hantar lagu duet dengan anak Ina Naim… “Kenapa saya rasa sebak”

Mawi (kiri) terbuka untuk berduet dengan Hadie.

PENYANYI Mawi membuka ruang kepada pencipta lagu untuk memberikan karya yang sesuai bagi lagu duet bersama anak kepada bekas tunangnya, Ina Naim iaitu Hadie  Elfardie.

Mawi atau Asmawi Ani, 44, berkata dia terbuka untuk berduet bersama Hadie sekiranya mendapat karya yang sesuai dengan suara mereka. 

"Sesiapa ada lagu mantap boleh bagi pada kami. Hehe!

"Lagu apa sesuai untuk kami? Bagi idea geng, terima kasih," katanya. 

Netizen memuji sikap profesional Mawi (kiri) ketika bertemu Hadie. 

Mawi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam hantaran tersebut, Mawi turut memuat naik sebuah video memaparkan perbualannya bersama Hadie ketika bertemu dalam sebuah acara hiburan pada Sabtu. 

Menurut Mawi, idea duet bersama Hadie tercetus selepas ditanya wartawan dalam sebuah sesi temu bual. 

"Baru-baru ini, wartawan tanya kalau ada peluang untuk duet bersama Hadie cakap okay. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi terbuka duet dengan anak Ina Naim, puji TTMM lahirkan pelapis berbakat seperti Hadie

ARTIKEL BERKAITAN: Ina Naim tegas pantau aktiviti anak, Hadie terbuka jika ada peluang duet dengan Mawi

"Wartawan tanya saya cakap Hadie nak duet, saya kata kalau ada lagu yang baik dan bagus kita onz (setuju). Kasi jadi," ujarnya. 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa senang melihat Mawi bersikap profesional melayani Hadie meskipun mempunyai sejarah silam melalui hubungan terdahulu dengan Ina.

"Mawi terbuka dan profesional, perkara yang dah lepas biarkan berlalu. Semoga Mawi dapat turunkan ilmu buat Hadie dan nasihatkan agar jaga diri dalam industri seni. 

"Kenapa saya rasa sebak, cantik sangat percaturan Allah," tulis netizen. 

Untuk rekod, percintaan Mawi dan Ina menjadi perhatian sekitar tahun 2005 ketika juara Akademi Fantasia musim ketiga itu sedang berada di puncak populariti. 

Namun, ikatan pertunangan mereka berakhir pada Julai 2006.

Mawi sebelum ini pernah bertunang dengan Ina.

Pada 2007, Ina mengikat tali pertunangan dan seterusnya mendirikan rumah tangga dengan bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, secara tertutup. 

Suhaimi meninggal dunia pada November 2023.

Ina kemudiannya bertemu jodoh dengan seorang jurutera, Mohd. Khairul Rizal, dan selamat diijabkabulkan tahun lalu.

Sementara itu, Mawi pula mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ekin atau Nora'Asikin Rahmat pada Disember 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain