suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peninju MMA mulut celupar ditawar RM2.1 juta untuk lawan dengan cimpanzi, pakar beri amaran risiko kematian

Johnson dijadual bertarung dengan seekor cimpanzi pada Jumaat.

SEORANG peninju seni bela diri campuran (MMA) mendakwa ditawarkan lebih AS$500,000 (RM2.1 juta) untuk bertarung dengan seekor cimpanzi.

Cole Johnson sebelum ini meraih perhatian selepas mendakwa mampu "mengalahkan cimpanzi" menerusi video di TikTok yang meraih hampir lapan juta tontonan.

Johnson berkata, video itu pada asalnya sekadar gurauan dan dia tidak menyangka kenyataannya akan membawa kepada tawaran pertarungan sebenar.

Menurutnya, dia pada awalnya ditawarkan AS$500,000 untuk bertarung dengan cimpanzi di sebuah negara, namun pihak yang membiayai acara itu kemudian menarik diri.

Dia mendakwa kini terdapat kumpulan lain yang sanggup membayar lebih tinggi untuk menganjurkan perlawanan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta MMA dimalukan depan 20,000 penonton! Lepas kalah pertarungan, kekasih pula tolak lamaran

Menurut penganjur, cimpanzi itu tidak akan diberi ubat pelali serta masih mempunyai gigi dan kuku.

Perlawanan antara Johnson dengan cimpanzi itu dijadualkan berlangsung pada Jumaat.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa pertarungan itu boleh menyebabkan kecederaan parah atau kematian kerana cimpanzi mempunyai kekuatan fizikal jauh melebihi manusia.

Profesor Madya Sains Pemuliharaan Universiti Exeter, Dr Kimberley Jane Hockings berkata, cimpanzi boleh bertindak agresif apabila terancam, manakala kekuatan bahagian atas badannya jauh lebih tinggi berbanding manusia.

Sementara itu, pakar cimpanzi dari Universiti Minnesota, Profesor Michael Wilson berkata, cimpanzi berkemungkinan menganggap pertarungan itu sebagai ancaman sebenar dan bukannya permainan.

"Cimpanzi yang berasa terancam oleh manusia boleh bertindak ganas sehingga menyebabkan kecederaan parah atau kematian," katanya. - Agensi

Artikel Lain