suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedekad bersama, Cristiano Ronaldo akhirnya kahwini Georgina Rodriguez dalam majlis tertutup di Portugal

Hantaran terbaharu Instagram Ronaldo dan Georgina (kiri) yang mengumumkan berita gembira mengenai perkahwinan mereka. -Instagram

PENANTIAN peminat akhirnya terjawab apabila bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, 41, sah berkahwin dengan tunangnya, Georgina Rodriguez dalam satu majlis perkahwinan sivil di Portugal.

Pasangan itu yang sudah bersama sejak 2016 selepas bertemu di Madrid, Sepanyol, berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram dengan memuat naik sekeping foto yang memaparkan cincin perkahwinan mereka.

Perkongsian berkenaan sekali gus menamatkan spekulasi berbulan-bulan mengenai status hubungan pasangan tersebut.

Ronaldo dan Rodriguez sebelum ini mengumumkan pertunangan mereka pada 11 Ogos 2025, kira-kira setahun sebelum mereka akhirnya bergelar suami isteri.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan berlangsung di Cascais, sebuah bandar peranginan di pesisir pantai yang terletak kira-kira 32 kilometer di barat Lisbon.

Lebih bermakna, majlis berkenaan turut disaksikan oleh lima anak mereka.

Ronaldo dan Rodriguez mempunyai dua anak perempuan bersama, manakala Rodriguez turut membantu membesarkan tiga lagi anak Ronaldo yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang. 

Perkahwinan itu berlangsung hanya empat hari sebelum kelab Ronaldo, Al Nassr, memulakan kempen Liga Pro Saudi musim 2026-27.

Dalam perkembangan berkaitan, Ronaldo kini menghampiri angka 1,000 gol sepanjang kariernya yang merangkumi beberapa kelab gergasi seperti Sporting, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan Al Nassr, selain mewakili Portugal.

Ronaldo juga baru-baru ini beraksi dalam Piala Dunia buat kali keenam, sekali gus menyamai rekod Lionel Messi sebagai pemain dengan penampilan terbanyak dalam sejarah pusingan akhir Piala Dunia.

Bagaimanapun, Ronaldo sebelum ini mengesahkan bahawa perlawanan tahun ini merupakan Piala Dunia terakhirnya.

Namun, kapten Portugal itu enggan membuat keputusan terburu-buru mengenai masa depannya bersama skuad kebangsaan atau kemungkinan penampilan terakhirnya untuk Portugal. -Agensi

Artikel Lain