suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliff Rakib juara dunia Interim Strawweight ONE Championship, tewaskan legenda Muay Thai Sam-A

Aliff menumbangkan lawannya menerusi knockout pada pusingan kelima.

JAGUH Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran juara dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship pada Jumaat.

Atlet berusia 22 tahun itu menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, dalam perebutan Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight pada acara ONE: The Inner Circle 23, di Stadium Lumpinee di Bangkok, Thailand.

Aliff yang lebih dikenali sebagai Aliff Sor Dechapan menumbangkan lawannya menerusi knockout pada pusingan kelima.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan Malaysia kejuaraan dunia pertama dalam sejarah ONE Championship, malah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang baharu paling menyerlah dalam arena Muay Thai dunia.

Artikel Lain