Sepanyol berjaya menjulang trofi Piala Dunia selepas menewaskan Argentina 1-0. -Foto REUTERS/Carlos Barria
SEPANYOL sekali lagi melakar sejarah apabila muncul juara Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir pada awal pagi Isnin.Perlawanan di Stadium New York New Jersey itu terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang 90 minit permainan. Bagaimanapun, Ferran Torres muncul wira Sepanyol apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-106, sekali gus menghadiahkan gelaran juara dunia kedua buat negara itu.Dalam perlawanan itu, Argentina terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad merah pada penghujung masa sebenar selepas menerima kad kuning kedua.Kekalahan Argentina itu sekali gus melenyapkan harapan Lionel Messi untuk menjulang satu lagi trofi Piala Dunia dalam koleksi peribadinya.Untuk rekod, Sepanyol sebelum ini pernah memenangi Piala Dunia FIFA 2010, manakala Argentina kali terakhir menjulang trofi berprestij itu pada edisi Piala Dunia FIFA 2022.Perlawanan akhir Piala Dunia kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti kumpulan K-Pop BTS, Madonna, Justin Bieber dan Shakira. -Agensi.