Ganjaran untuk juara kali ini lebih tinggi berbanding nilai yang ditawarkan dalam Piala Dunia yang terdahulu.
PASUKAN yang bertanding dalam Piala Dunia 2026 berpeluang meraih hadiah lumayan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Menurut FIFA, negara yang berjaya meraih gelaran juara kejohanan berprestij itu bakal menerima dana tunai berjumlah AS$50 juta (RM235 juta). Jumlah ini adalah AS$8 juta (RM37.6 juta) lebih tinggi berbanding hadiah yang diterima pasukan Argentina dalam edisi penganjuran Piala Dunia Qatar dua tahun lalu.Naib Juara Piala Dunia 2026 pula bakal menerima ganjaran AS$33 juta (RM155.1 juta).Nilai hadiah ini meningkat sebanyak AS$3 juta (RM12.22 juta) berbanding edisi Piala Dunia terdahulu.Pasukan yang memenangi tempat ketiga pula bakal menerima AS$29 juta (RM136.3 juta), diikuti pemenang tempat keempat dengan hadiah sebanyak AS$27 juta (RM126.9 juta).ARTIKEL BERKAITAN: Air mata CR7 tumpah di Texas… Impian Piala Dunia Ronaldo ranap di tangan SepanyolBerdasarkan pengumuman struktur agihan dana ganjaran oleh FIFA, pasukan-pasukan lain juga berpeluang menerima pulangan yang tidak kurang hebatnya.Jelas FIFA, semua 48 negara yang layak ke pusingan akhir secara automatik menerima dana persediaan sebanyak AS$2.5 juta (RM11.75 juta).Pasukan yang tersingkir di peringkat 32 terbaik pula menerima ganjaran AS$11 juta (RM51.7 juta).Bagi pasukan Brazil dan Kanada yang tersingkir di pusingan 16 terbaik pula, mereka menerima ganjaran bernilai AS$13 juta (RM61.1 juta). -Agensi