BISMILLAH, itu kalimah yang didakwa meniti di bibir kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, sebelum menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Croatia pada pusingan 32 Piala Dunia, pagi Jumaat.Bintang Al-Nassr FC itu dikatakan mengungkap kalimah tersebut sebelum tenang menyudahkan sepakan ke tengah gawang menewaskan penjaga gol, Dominik Livaković dalam aksi yang berlangsung di Stadium Toronto, Kanada. Rata-rata peminat di media sosial mendakwa penyerang 41 tahun itu menyebut kalimah Bismillah iaitu ungkapan bahasa Arab yang bermaksud 'dengan nama Allah'.Jaringan tersebut mengikat kedudukan 1-1, di mana Croatia terlebih dahulu mengejutkan juara Eropah itu apabila mendahului pada awal babak kedua menerusi Ivan Perišić.Ketika perlawanan kelihatan bakal berlanjutan ke masa tambahan, Portugal akhirnya memastikan kemenangan dramatik apabila Gonçalo Ramos muncul wira dengan tandukan dihujung permainan hasil hantaran lintang tepat, sekali gus melengkapkan kemenangan 2-1.Kemenangan itu menyaksikan Portugal mara dengan penuh dramatik ke pusingan 16 untuk bertemu Sepanyol.Perbuatan Ronaldo mengungkap kalimah Bismillah bukannya perkara baru, kerana dia sudah berulang kali menyebut kalimah yang sinonim dalam kalangan umat Islam sejak beraksi di Arab Saudi.