suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Macam balik pasar raya! Gelagat Cucurella jadi tumpuan, bawa trofi Lego Piala Dunia bungkus dalam plastik

Cara Cucurella membawa trofi kejayaannya pulang menjadi perhatian netizen.

GELAGAT pemain pertahanan kiri Sepanyol, Marc Cucurella yang selamba membawa trofi Lego Piala Dunia 2026 di dalam bungkusan plastik ketika meninggalkan stadium mencuri perhatian peminat di media sosial.

Menerusi rakaman video yang tular, Cucurella dilihat hanya menggenggam bungkusan plastik putih berisi trofi Lego berkenaan sambil berjalan keluar bersama rakan sepasukan, berbeza dengan pemain lain yang membawa trofi masing-masing menggunakan kotak khas.

Aksi bersahaja pemain berusia 28 tahun itu pantas menjadi bualan netizen, malah ramai menyifatkan ia sebagai antara momen paling mencuit hati selepas Sepanyol muncul juara dunia.

Ada yang berseloroh bahawa Cucurella seolah-olah membawa pulang barangan dapur dari pasar raya, bukannya replika trofi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.

"Cucurella bungkus trofi macam bungkus makanan nak bawa balik hotel.

"Macam bungkus ikan meas beli dekat kedai akuarium.

"Plastik jernih tu pun dah macam plastik gulung dekat pasar raya. Tinggal nak timbang je.

"Macam nak pergi buang sampah depan rumah. Dengan video jalan macam nak tersungkurnya," komen beberapa netizen.

Trofi yang dibawanya itu bukan trofi emas rasmi FIFA, sebaliknya replika bersaiz sebenar yang diperbuat daripada 2,842 kepingan Lego hasil kerjasama LEGO dan FIFA sempena Piala Dunia 2026.

Terdahulu, penantian 16 tahun Sepanyol untuk kembali bergelar juara dunia akhirnya berakhir selepas menewaskan juara bertahan, Argentina 1-0 menerusi jaringan Ferran Torres pada minit ke-106 masa tambahan dalam aksi final di Stadium New York New Jersey.

Perlawanan itu terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sepanjang 90 minit permainan.

Kemenangan itu sekali gus menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia kedua buat La Roja sejak muncul juara pada edisi 2010.

Artikel Lain