suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih setahun dirayu jadi isteri, wanita kecewa sikap pasangan berubah... Hati terguris digelar badak sebab badan berisi lepas bersalin

Setiap lelaki pasti akan cuba mendapatkan restu daripada keluarga pasangannya sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

KESUNGGUHAN seseorang ketika melamar boleh membuka hati sesiapa sahaja untuk menerima, apatah lagi apabila keluarga sendiri turut merestui hubungan yang bakal terbina.

Bagi kaum Hawa, lelaki yang menunjukkan usaha sepenuh hati pasti akan menyajikan kebahagian dalam rumah tangga seperti tanggapan awal wanita ini.

Namun bak kata pepatah 'disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari', dia mengakui rasa kecewa dan terkilan apabila suami yang dahulu bersungguh-sungguh mahu memperisterikannya, kini bersikap seperti seorang raja.

Tidak hanya itu, dirinya juga sering diherdik dan direndah-rendahkan di hadapan keluarga mentua.

Mengimbau semula kenangan pahit tersebut, ujarnya, lelaki terbabit mengambil masa lebih setahun untuk memujuk ibu bapanya agar merestui perkahwinan mereka.

Isteri yang bekerjaya pasti berasa letih apabila terpaksa melakukan tugasan rumah sendirian tanpa pertolongan suami. -Gambar hiasan AI

Isteri bekerjaya pasti berasa letih apabila terpaksa melakukan tugasan rumah sendirian tanpa pertolongan suami. -Gambar hiasan AI

"Dia nampak baik, setahun lebih dia merayu dengan mak ayah akuk untuk aku kahwin dengan dia.

"Tunjuk usaha sampai keluarga aku sendiri pujuk supaya aku terima dia walaupun dia gemuk, bergaji kurang RM2,000 dan hanya berkelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," luahnya di Threads.

Bagaimanapun, selepas berkahwin, sikap buruk suaminya mula kelihatan satu per satu sehingga tergamak mengugutnya melakukan kerja rumah jika mahu makan.

Situasi tersebut berterusan meskipun dia mula bekerja.

Malah katanya, meskipun bil dikongsi sama rata, suaminya masih mengharapkan dia menguruskan rumah seorang diri, selain mempertikaikan tindakannya mengupah tukang cuci dan membeli makanan menggunakan wang sendiri.

  • Suami lebih setahun pujuk keluarga wanita itu untuk berkahwin.
  • Bil dikongsi sama rata, tapi semua kerja rumah dibebankan kepada isteri.
  • Suami didakwa membandingkan pendapatan isteri dengan bekas kekasih.
  • Isteri dakwa suami tak tawar hantar ke hospital ketika keguguran.
  • Suami ketawa dan ejek ‘macam badak je’ ketika isteri cuba tampil seksi selepas bersalin.

"Dia rasa memang tugas mutlak aku buat kerja rumah sebab status isteri, dia balik kerja tinggal duduk di meja makan dan aku sendukkan nasi," tambahnya yang terkilan dengan sikap tidak bertimbang rasa suaminya ketika itu.

Lebih mengguris hati apabila dia mendapat tahu lelaki terbabit bukan sahaja memburukkannya pada bekas teman wanita, malah membandingkan pendapatan bulanan.

Adunya lagi, perkara yang paling tidak dapat dilupai, suaminya tidak pernah menawarkan diri untuk menghantarnya ke hospital ketika dia mengalami keguguran beberapa kali selain diherdik 'badak' kerana tubuh semakin berisi lepas bersalin.

"Masa berat badan aku bertambah, dia panggil aku badak dan tak sentuh lebih enam bulan.

"Apabila aku tunjuk usaha beli baju seksi dan pakai depan dia... dia gelak sambil kata ingat seksi ke, macam badak je," luahnya mengimbau kata-kata sinis lelaki terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘house husband’ tapi rumah bersepah, anak tak mandi... Isteri balik kerja pula kena buat semua - “Tunggu bini suap duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat dua kerja tapi tak nampak hasil, belanja dapur pun isteri ‘top-up’... Kalau minta duit hanya diberi RM10

Tambahnya lagi, kehidupan rumah tangga dan penceraian yang berlaku membuatkan dia kini menetapkan syarat ketat buat lelaki yang ingin menjadikannya suri.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati termasuk kaum Adam.

"Walaupun saya lelaki, saya sokong anda 100 peratus tinggalkan dia, dia tak layak hidup dengan awak walaupun seminit.

"Sebagai orang lelaki, aku malu dengan kaum sendiri," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain