Setiap teguran seorang ibu terhadap anak pastinya hadir daripada rasa kasih dan tanggungjawab untuk melihat mereka membesar menjadi insan yang lebih baik. -Gambar hiasan AI
MEMBESARKAN anak pada zaman sekarang bukanlah satu tugas mudah, apatah lagi apabila ibu bapa berdepan pelbagai cabaran seiring perubahan persekitaran dan pengaruh dunia luar.Ditambah pula dengan kemajuan teknologi serta akses kepada media sosial dan telefon pintar, ibu bapa perlu lebih peka terhadap pergaulan anak-anak agar mereka tidak terdedah kepada perkara yang belum sesuai dengan usia. Namun ada kalanya perkara kecil yang dianggap biasa dalam fasa membesar boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.Itulah yang dialami seorang wanita apabila mengetahui anak perempuannya yang masih bersekolah rendah mula menyimpan perasaan terhadap seorang rakan lelaki seusianya."Kalau anak perempuan sekolah rendah suka dekat budak lelaki sekolah rendah. Apa nak buat ye?" luahnya dalam hantaran di Threads.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau setiap perkembangan dan pergaulan anak-anak, terutama ketika mereka sedang membesar. -Gambar hiasan AIMenurut wanita berkenaan, dia buntu memikirkan tindakan yang perlu diambil memandangkan anaknya sudah memasuki fasa akil baligh."Nak rotan, atau nasihat atau bawa pergi balai polis? Aku geram dah ni," tambahnya.Malah wanita itu menjelaskan anaknya tidak diberikan telefon bimbit sejak kecil dan hanya mula dibenarkan menggunakannya pada tahun ini namun dengan pemantauan yang ketat.ARTIKEL BERKAITAN: Budak darjah 2 bercinta? Kelas tak masuk tapi rancak di grup WhatsApp Single & Taken, wanita ini seram tengok chat murid sekolah rendahARTIKEL BERKAITAN: Lupa ‘log out’ TikTok asbab hubungan terbongkar! Cikgu perempuan isteri orang hanyut bercinta dengan budak sekolah"Ada ketika apabila sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) atau kawan mesej, saya beri dia balas. "Telefon lock family link, dan WhatsApp link companion. Saya memang cegah telefon tanpa batasan ni. Korang ada pengalaman tak? Minta nasihat," luahnya sambil meminta pandangan netizen. Perkongsian tersebut mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.Seorang wanita bimbang selepas mengetahui anak perempuannya yang masih bersekolah rendah menyukai seorang rakan lelaki.Dia buntu memikirkan cara terbaik untuk menegur anaknya yang sudah memasuki fasa akil baligh.Anaknya baru dibenarkan menggunakan telefon bimbit tahun ini dengan pemantauan ketat.Dia meminta pandangan warga maya sama ada perlu menasihati atau mengenakan hukuman terhadap anaknya.Netizen menyarankan agar dia lebih terbuka, menjadi pendengar yang baik dan membimbing anak tanpa terus menghukumnya.Ringkasan ini dijana oleh AIAda yang berpendapat ibu tidak perlu terlalu panik kerana perasaan suka terhadap rakan berlainan jantina merupakan perkara yang boleh berlaku ketika anak-anak sedang membesar.Malah, ada yang menyarankan agar wanita berkenaan mengambil pendekatan lebih terbuka dan bukannya terus memarahi atau menghukumnya."Perasaan tu lumrah untuk fasa remaja, apa yang mampu saya nasihat, jadikan anak perempuan bestie. Dengar luahan dia dan nasihat dia tentang keburukan bercinta di zaman muda."Dengar dia borak, ambil tahu setiap aktiviti dia, alihkan perhatian dia daripada terus leka," demikian antara komen netizen.