suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Solat untuk tenangkan diri, bekas suami Syida Melvin dakwa alami kecederaan semasa berbalah

Syafiq akui cari ketenangan semasa berlaku perbalahan.

BEKAS suami kepada pelakon Syida Melvin iaitu Syafiq Azim tampil menjelaskan beberapa tindakannya yang menjadi perhatian ramai ketika berlaku pertelingkahan antara mereka pada Selasa.

Syafiq, 37, berkata, tindakannya menunaikan solat ketika kekecohan berlaku adalah bertujuan menenangkan diri selain mengelakkan situasi menjadi lebih tegang.

“Saya kena bertenang sebab itu apabila berlaku perkara tersebut, saya pilih untuk solat. Apabila solat, saya tenang.

Syafiq tampil jelaskan bagi membela dirinya.

“Kita kena solat apa pun berlaku. Solat dulu sebelum bertindak. Saya ingatkan nak buat kenyataan ini esok, tetapi saya rasa esok orang akan ingat saya jahat,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan beberapa salah faham orang ramai mengenai dirinya, termasuk dakwaan tidak membayar gaji pembantu rumah serta insiden pergelutan membabitkan dirinya dan adik-beradik bekas isteri.

Katanya, tiada kecederaan serius berlaku dalam kejadian tersebut selain hanya mengalami luka pada jari.

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin dah buntu, terpaksa buat live ‘halau’ bekas suami keluar rumah... “Anak-anak nak sekolah, aku tak ada tempat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan bulan merempat dengan anak-anak, Syida Melvin desak bekas suami keluar rumah

“Gaji bibik tak benar, kita bayar dua kali. Tiada orang tumbuk, dia halang laluan, saya berjalan.

“Situasi tadi tidak menyebabkan sebarang kemalangan serius melainkan jari saya berdarah dan terdapat kesan darah pada baju. Lain-lain tiada,” jelasnya.

Sementara itu, Syafiq berpendapat tindakan bekas isterinya memuat naik dan menularkan perbalahan mereka secara langsung di media sosial tidak sepatutnya berlaku memandangkan kes berkenaan masih di peringkat mahkamah.

“Saya nak terangkan, apa yang berlaku adalah salah dan tak patut berlaku. Tak patut dimuat naik sehingga tular kerana kita masih ada prosiding mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan,” ujarnya.

Perbalahan Syida dan Syafiq jadi perbualan hangat.

Sebelum ini, kemelut antara Syafiq dan Syida menjadi perhatian ramai apabila tercetusnya pertelingkahan berhubung kediaman yang didakwa menjadi rebutan selepas mereka bercerai.

Untuk rekod, Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 29, dan Syafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.

Artikel Lain