WAKTU rehat yang sepatutnya menjadi saat paling gembira buat murid mengisi perut bertukar menjadi pengalaman meresahkan apabila seorang pelajar mengaku takut untuk ke kantin kerana bimbang wangnya diperas ugut rakan sekelas.Lebih mengejutkan, makanan yang dibelinya juga sering menjadi sasaran sehingga membuatkan dia lebih selesa menghabiskan waktu makan di dalam kelas secara berseorangan. Kejadian tersebut dikongsikan semula seorang guru yang prihatin dengan nasib murid tersebut kerana menjadi mangsa buli di sekolah.Simpati dan terkilan dengan nasib pelajar terbabit, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menemani kanak-kanak tersebut membeli makanan di kantin.Segelintir murid gemar meminta makanan rakan di sekolah. -Gambar hiasan AI"Budak ni risau nak ke kantin sebab takut duit dia kena 'paw' (peras ugut) dengan kawan sekelas sendiri."Jadi pada suatu hari tu saya temankan dia untuk beli makanan. Masa tu saya nampak budak yang dimaksudkan tu dah sasarkan nak makan makanan yang dia beli," ujarnya di Thread.Selepas membeli makanan, guru tersebut bertanya di mana dia mahu menjamu selera.Jawapan yang diberikan kanak-kanak itu sangat menyayat hati apabila dia meluahkan keinginan untuk makan di dalam kelas sendirian kerana bimbang makanannya dirampas.Murid takut ke kantin kerana bimbang wang diperas rakan sekelas.Makanan dibeli turut menjadi sasaran sehingga dia mahu makan dalam kelas.Guru prihatin mengambil keputusan menemani murid membeli makanan.Guru mendakwa melihat sendiri rakannya menyasarkan makanan murid itu.Netizen menggesa tindakan tegas dan ibu bapa pembuli dimaklumkan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Apabila saya tanya nak makan di mana, dia cakap nak makan dalam kelas sebab tak nak kawan ambil makanan."Betullah budak itu dah target nak makan makanan dia. Dari kantin nak ‘paw’ makanan orang," katanya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta guru terbabit mengambil tindakan tegas dan menegur murid yang membuli.ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak bangga sedia bekal ke sekolah, konon didik erti berjimat... Tak sedar anak ‘sakau’ duit kawan nak beli jajanARTIKEL BERKAITAN: Misteri makanan guru hilang akhirnya terungkai, ramai tak sangka pelaku budak darjah 1... Siap jual dekat kawan-kawanTidak kurang juga yang tampil berkongsi situasi sama dilalui anak masing-masing sehingga ada yang mengalami trauma."Anak saya menangis lepas balik kelas agama sebab kena paw."Cikgu kena tegur dan maklumkan kepada ibu bapa budak yang suka ambil makanan kawan tu."Ini dah dikira membuli peringkat awal, nanti kalau dibiarkan jadi kes lain pula," demikian reaksi netizen.