suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri makanan guru hilang akhirnya terungkai, ramai tak sangka pelaku budak darjah 1... Siap jual dekat kawan-kawan

Guru perlu menggunakan pendekatan berhemah dalam menasihati pelajar. -Gambar hiasan AI

KEHILANGAN barangan di sekolah mungkin kedengaran seperti perkara biasa. 

Namun, apabila barangan milik guru menjadi sasaran, sudah tentu ia menimbulkan tanda tanya mengenai gerangan pelakunya.

Di Threads, seorang guru berkongsi kekecohan berlaku di sekolahnya susulan kes kehilangan barangan milik guru, terutama makanan yang disimpan di bilik guru.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang malas kerja sampai obes! Lepas curi duit bapa RM300,000, pinjam ah long RM20,000 pula - "Ayah aku manjakan sangat"

ARTIKEL BERKAITAN: Takut nak curi sendiri, lelaki ini suruh budak tolong ‘rembat’ handphone! Jangan ingat selamat, muka dah masuk CCTV

"Sejak kebelakangan ni sekolah saya kecoh barang cikgu banyak hilang tau. Dan yang hilang tu kebanyakannya makanan.

"Biasalah, cikgu-cikgu kadang bawa biskut, jajan gitu...kadang nak kasi reward dekat budak ataupun nak buat kudap-kudap," tulisnya.

Menurut guru itu, selepas siasatan dilakukan, mereka akhirnya berjaya mengenal pasti individu dipercayai mengambil makanan berkenaan.

Hari Penyerahan Kad Laporan adalah waktu terbaik untuk guru  bertemu ibu bapa atau penjaga bagi berkongsi perkembangan akademik, sahsiah dan potensi pelajar. -Gambar hiasan AI

Apa yang mengejutkan, pelaku didakwa merupakan seorang pelajar tahun satu.

"Siasat punya siasat, rupanya kantoi ada budak darjah satu ambil makanan cikgu. Dah la ambil semua, lepas tu dia pergi jual dekat kawan dia. Gila-gila berani eh budak-budak sekarang. 

"Sedih la tengok… nak jadi apa anak-anakku," tulisnya lagi.

Guru tersebut menambah, dia akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa kepada pelaja tersebut bagi memaklumkan perkara berkenaan.

  • Seorang guru berkongsi kes kehilangan makanan milik guru yang berlaku di sekolahnya.
  • Hasil siasatan mendapati pelaku didakwa seorang murid Tahun Satu.
  • Murid itu didakwa mengambil makanan guru sebelum menjualnya kepada rakan-rakan.
  • Guru berkenaan memaklumkan akan bertemu ibu bapa murid terbabit untuk membincangkan perkara itu.
  • Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi, termasuk guru lain yang turut berkongsi pengalaman kehilangan barang di sekolah.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen malah ada segelintir guru lain turut berkongsi kejadian kecurian di sekolah masing-masing.

Tidak kurang juga yang berpendapat kejadian tersebut perlu dijadikan pengajaran buat semua pihak, selain berharap ibu bapa dan pihak sekolah dapat bekerjasama dalam membimbing serta membentuk sahsiah murid sejak usia muda.

"Sekolah lama saya, budak curi barang kemas cikgu dalam bilik guru. Nilainya berbelas ribu jugak. Cikgu pun cuai sebab berani tinggalkan beg masa masuk kelas.

"Member kerja kantin sekolah. Budak-budak masuk bilik guru curi duit cikgu.

"Tahun 2011, ada budak kelas sebelah perempuan, curi tab dan laptop cikgu di bilik guru. Dia jual barang-barang tu," komen netizen.

 

Artikel Lain