suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru sebulan kahwin... Isteri suka herdik suami, gagal kawal sikap panas baran

Seorang isteri tidak sepatutnya meninggikan suara kepada suami. -Gambar hiasan AI

KEGAGALAN mengawal kemarahan boleh memberi kesan besar terhadap keharomonian rumah tangga.

Menurut seorang wanita yang baru sebulan berkahwin, dia sedar dirinya mempunyai sikap panas baran, namun gagal mengawalnya.

"Saya rasa kesian dekat suami sebab saya kerap tiada mood. Bila dia tegur, saya naik angin, jerit-jerit macam orang gila. Benda simple pun saya boleh marah.

Kesabaran seorang suami ada batasnya. -Gambar hiasan AI

"Kalau boleh kawal, saya memang nak kawal. Tapi saya tak boleh. Biasanya saya minta suami tinggalkan saya bersendirian di ruang tamu dan suruh dia masuk bilik tidur.

"Saya nak elak bercakap dengan nada keras dengannya. Selepas 30 minit, dia akan datang peluk dan bawa masuk bilik, barulah kami tidur," luah wanita itu,

Di sebalik sikap panas barannya itu, wanita berkenaan mengakui dia masih lagi sayang dan menghormati kedudukan suaminya sebagai ketua keluarga.

  • Wanita mengaku bersikap panas baran dan sering mengherdik suaminya.
  • Dia baru sebulan berkahwin dan cuba untuk berubah, namun masih gagal.
  • Dia juga pernah meninggikan suara sehingga didengari oleh jiran rumahnya.
  • Netizen menyelar wanita itu yang dilihat masih belum bersedia berkahwin.

"Ada tak mana-mana pasangan yang sama seperti kami? Sejujurnya saya penat dengan diri sendiri. Asyik rasa diri sendiri je betul. Saya nak perbaiki diri.

"Saya sayang sangat dia. Saya rasa dia tak layak dapat layanan macam ni," luah wanita itu dalam satu hantaran yang tular di aplikasi Threads.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen memberi teguran kepada wanita itu yang dilihat seolah-olah masih belum bersedia untuk bergelar isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hasutan member lagi teruk daripada syaitan” - Gara-gara silap tempat mengadu, hubungan hancur akibat cemburu orang luar

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu hadap isteri bekerjaya panas baran, pantang ditegur ‘bergegar’ rumah... Fasal makan pun boleh gaduh!

"Kenapa kahwin? Sepatutnya kamu 'sembuhkan' diri dulu sebelum jalin hubungan dengan orang. Kesian orang baik teraniaya.

"Berhentilah bagi alasan. Kamu kurang ajar sebab tak hormat dia. Kamu suka ke kalau majikan tengking-tengking? Kamu seorang yang narsisistik.

"Tahap sabar lelaki ada batasnya. Saya yang baca kisah ini pun rasa nak tampar kamu. Pergilah terapi. Ini bukan perangai normal," tulis netizen.

Artikel Lain