suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami buntu hadap isteri bekerjaya panas baran, pantang ditegur ‘bergegar’ rumah... Fasal makan pun boleh gaduh!

Pasangan suami isteri perlu berbincang mengenai tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga untuk mengelakkan konflik. -Gambar hiasan AI

SETIAP rumah tangga pasti mempunyai cabaran tersendiri, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua pasangan perlu mengimbangi tuntutan kerjaya dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Namun bagi seorang lelaki, kehidupan berumah tangga yang diharapkan menjadi tempat mencari ketenangan bertukar 'neraka' apabila isterinya didakwa bersikap panas baran.

Menerusi satu perkongsian di Threads, lelaki itu meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa isterinya lebih memberi tumpuan kepada karier sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri panas baran, silap sikit terus naik tangan! Suami akhirnya buka mata, ‘angkat kaki’ lepas 10 tahun didera

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki merana dapat isteri baran, lambat bagi duit terus hayun penumbuk! Paling keji kepala suami sendiri pun ditendang

"Maaf nak luah sikit. Macam mana nak handle isteri bekerjaya ye? Panas baran, suka marah, malas jaga anak, malas kemas rumah, malas dari semua segi la katakan.

"Dia cuma tahu pergi kerja, balik kerja. Kemudian bila tegur sikit terus melenting dan beri alasan penat bekerja," luahnya.

Menurut lelaki itu lagi, urusan makan minum keluarga juga sering menjadi punca perselisihan faham antara mereka.

"Dah biasa makan di kedai. Kalau masak pun ikut mood dia. Itu pun boleh jadi punca gaduh. Mengemas pula, barang sendiri-sendiri je," katanya.

Komunikasi berkesan menjadi kunci kepada keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Tambahnya, dia pernah mencadangkan agar isterinya berhenti kerja sekiranya terlalu terbeban dengan komitmen semasa, namun cadangan tersebut mengundang kemarahan wanita berkenaan.

"Suruh berhenti kerja lagi kena marah," ujarnya ringkas.

Individu itu yang bekerja sebagai ahli perniagaan bagaimanapun tidak menyatakan pekerjaan isterinya mahupun jumlah anak mereka.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang bercampur daripada warga maya.

  • Seorang lelaki mendakwa isterinya yang merupakan seorang wanita bekerjaya bersikap panas baran.
  • Dia mendakwa isterinya terlalu fokus terhadap kerja hingga abaikan rumah tangga.
  • Teguran yang disuarakan akan berakhir dengan pertengkaran.
  • Dia pernah dimarahi gara-gara mencadangkan isterinya berhenti kerja.
  • Netizen berpendapat lelaki berkenaan perlu berbincang dari hati ke hati dan muhasabah.

Ada yang mencadangkan lelaki berkenaan supaya berbincang dari hati ke hati dengan isteri bagi mencari penyelesaian memandangkan dirinya merupakan ketua keluarga. 

Namun, ada juga netizen yang berpendapat lelaki tersebut perlu bermuhasabah dan mencari punca mengapa isterinya bersikap sedemikian.

"Saya bukan nak side dekat wife abang tau. Tapi selalunya kalau wife baran dan tak hormat suami, cuba check dulu macam mana diri abang? 

"Dia dah terlalu lama jadi kuat... tangki emosi kosong. Ajak bincang, solat jemaah dan deep talk sikit," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain