Adik-beradik sewajarnya saling membantu dan menyokong antara satu sama lain, terutamanya ketika berdepan dengan kesukaran. -Gambar hiasan AI
SINDIRAN atau penghinaan daripada darah daging sendiri memang cukup menyakitkan apatah lagi apabila kata-kata diucapakan menusuk hati.Seperti perkongsian wanita ini mengenai suaminya, dia berasa sedih melihat lelaki itu diperlekeh oleh adik kandung sendiri hanya kerana isu kecil iaitu mengenai kutipan wang bagi acara keluarga. Kata wanita itu, dia sendiri tidak menyangka disebabkan hal kecil, seorang adik tergamak mengeluarkan kata-kata yang lebih tajam daripada pisau terhadap abang sendiri."Semalam suami mengadu dia sedih, terasa hati. Sejujurnya kami memang tengah agak susah sekarang, ada beberapa hutang yang masih perlu diselesaikan.Penganjuran Hari Keluarga merupakan salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. -Gambar hiasan AI"Tapi kami sedang berusaha untuk langsaikan semuanya walaupun ambil masa," katanya menerusi perkongsian berkenaan.Menurut wanita berkenaan, suaminya tidak aktif berbual dalam grup WhatsApp keluarga, sebaliknya lebih banyak menjadi pemerhati dan ada kalanya terlepas pandang perbualan yang berlaku.Ujarnya, keadaan bertukar tegang apabila adik suaminya secara tiba-tiba mempertikaikan mengenai sumbangan wang berjumlah kira-kira RM20 untuk acara hari keluarga mereka."Suami memang tak tahu menahu pasal kutipan tu, tak diberitahu dan tak diminta secara baik-baik.ARTIKEL BERKAITAN: “Mana mungkin saya rasa jijik” - Wanita terkilan tangan hitam suami diejek, dihina... Faham sangat jerih perih kerja mekanikARTIKEL BERKAITAN: Hati isteri rasa kena rentap kerja suami dipersenda keluarga, anggap gurauan ‘lawyer buruk’ tak kena tempat"Si adik ni datang terus serang dalam WhatsApp. Cakap suami saya ini dah susah cari sendiri berhutang, cari fasal, menyusahkan. Banyaklah ayat menyakitkan."Suami cuma balas, hidup ini macam roda... kadang-kadang yang duduk atas boleh tiba-tiba duduk bawah. Kalau minta elok-elok, insya-Allah kami bagi walaupun kurang berminat nak join," katanya.Bercerita lebih lanjut, wanita itu berkata sikap adik iparnya itu mungkin disebabkan kehidupannya yang lebih selesa memandangkan berkahwin dengan lelaki berada."Hidup mereka memang senang. Suami adik dia pula banyak membantu mak mereka yang sudah tidak bekerja. Bila macam itu, adiknya 'hidung jadi tinggi' pula," katanya.Seorang wanita luah rasa sedih sebab suaminya dihina adik perempuan sendiri.Isu berpunca apabila suaminya terlepas pandang mengenai kutipan duit RM20 untuk acara hari keluarga.Adik ipar serang suami dalam grup WhatsApp keluarga dan keluarkan kata-kata menyakitkan hati.Dia dan suami akui kehidupan mereka diuji ketika ini dengan kesempitan wang tapi itu bukanlah alasan untuk dihina.Netizen beri kata semangat dan nasihatkannya tetapkan sempadan demi kebahagiaan keluarga sendiri. Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun menurutnya, status kekayaan bukanlah 'lesen' untuk memperlekeh atau menghina orang lain lebih-lebih lagi darah daging sendiri."Janganlah pandang kami yang kurang senang ini macam lipas kotor. Allah bagi ujian ini bersebab, Allah bagi senang pun kadang bersebab. Kami reda. "Janganlah judge orang negatif, kita takkan tahu hidup seseorang kalau tak duduk dekat tempat dia," akhirinya. Di ruangan komen, warga maya tampil memberikan kata semangat dan sokongan kepada wanita tersebut selain menasihatinya agar menetapkan batas sempadan demi kebahagiaan keluarga sendiri. "Benda macam ni, kita boleh nampak siapa duri dalam daging dalam kehidupan agar kita lebih berhati-hati lepas ni," demikian komen netizen.