SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila hubungan keluarga dengan kakak ipar dan anak-anaknya semakin renggang selepas kematian abangnya.Dia mendakwa ibunya sering menunggu kehadiran cucu-cucu selepas dimaklumkan mereka akan dibawa berkunjung ke rumah, namun lawatan tersebut kerap tidak menjadi. "Sejak kehilangan abang, kakak ipar semakin jarang bergaul dengan keluarga kami. Kalau hari raya pun, dia datang melawat sejam lepas itu balik dan sambung beraya dengan keluarga dia sendiri."Kalau keluar berjalan-jalan pun semuanya dengan keluarga sebelah dia sampai kami terasa sebab dia terlalu mengutamakan keluarga sendiri," luahnya menerusi satu hantaran di Threads.Kasih sayang seorang nenek terhadap cucu tiada batasnya. -Gambar hiasan AILuah wanita itu lagi, sikap kakak iparnya membuatkan dia merindui kehidupan keluarganya yang lebih erat sebelum pemergian abangnya."Saya sedih sebab mak selalu cakap rindu nak jumpa cucu. Kakak ipar dah cakap nak bawa mereka datang, tapi selalu tak datang-datang pun ke rumah."Kitanya kesian dengan mak sebab dia tunggu je hari-hari. Bila ditanya, baru dimaklumkan ada hal lain. Kenapa tak beritahu awal? Bukan sekali dua, tapi banyak kali dah jadi macam ni," katanya.Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya wanita yang berpendapat pengadu perlu memahami situasi kakak iparnya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berdepan kejutan budaya lepas kahwin, baru tahu keluarga mentua jenis ‘kera sumbang’ - “Aku bosan macam ni”ARTIKEL BERKAITAN: “Tiga ‘ekor’ tu buat apa?” - Isteri ‘sound’ suami paksa tolong mak mentua masak, ipar perempuan sedap goyang kaki"Daripada tunggu kakak ipar bawa anak-anak datang, lebih baik pergi melawat mereka. Bawa makanan atau snek untuk kanak-kanak"Kenapa bukan awak yang bawa ibu awak pergi jumpa cucu di rumah kakak ipar? Saya tak tahu situasi keluarga awak. Mungkin dia masih belum habis melalui fasa kehilangan. Hubungi dia, jangan tunggu dia datang.Namun terdapat juga netizen yang mempertahankan luahan wanita berkenaan dan beranggapan perasaan pengadu dan ibunya tidak wajar diketepikan."Tak adil kalau terus salahkan mentua atau ipar. Kenapa bila mentua atau ipar yang post mesti kena hentam. Perasaan mereka tak valid ke?Wanita sedih hubungan dengan kakak ipar semakin renggang.Ibu sering menunggu cucu datang berkunjung ke rumah.Kakak ipar didakwa lebih banyak bersama keluarganya sendiri.Luahan pengadu mengundang pelbagai reaksi netizen.Pengadu menjelaskan keluarganya tetap berusaha menziarahi mereka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mentua tu macam mak sendiri kan? Anda semua nak mentua layan menantu macam anak tapi kenapa menantu layan mentua dan ipar macam orang luar pula.Membalas salah satu komen, wanita itu menjelaskan keluarganya bukan sekadar menunggu kakak iparnya datang berkunjung, malah mereka juga sering menziarahi keluarga berkenaan."Ada saja kami bawa mak pergi jumpa mereka. Cuma yang saya maksudkan, kakak ipar sendiri dah berjanji (maklumkan) kepada mak yang dia nak datang."Tapi ada hari yang dah dijanjikan itu dia tak datang dan tak beritahu apa-apa kepada mak lebih awal," jelasnya.