Bukan calang-calang pengorbanan dilakukan seorang anak sehingga sanggup mengetepikan impian demi orang tua tersayang. -Gambar hiasan AI
INDIVIDU yang bergelar anak bongsu sering dianggap sebagai insan paling dimanjakan dalam keluarga.Namun di sebalik tanggapan itu, ada juga memikul beban besar sejak usia muda sehingga terpaksa mengetepikan impian sendiri demi menjaga kedua-dua ibu bapa yang semakin uzur. Demikian luahan seorang individu yang mengakui semakin penat memendam perasaan selepas bertahun-tahun berdepan pelbagai ujian melibatkan kesihatan ibu bapanya. "Bestnya orang yang parents masih muda dan sihat. Apa lah nasib aku jadi bongsu, umur 14 tahun mak dah kena strok. Zaman universiti, mak pakai pen insulin. "Zaman intern, ayah kena tibi. Zaman kerja, mak ayah dah tak kuat," luahnya dalam satu perkongsian di Threads.Tugas menjaga ibu bapa seharusnya dipikul bersama adik-beradik. -Gambar hiasan AITambahnya, keadaan itu menyebabkan dia merasakan banyak impian yang pernah disimpan sejak kecil semakin sukar untuk dicapai."Aku pun nak ada keluarga sendiri, nak ada kerja tetap, nak beli rumah dan kereta. "Keadaan aku sekarang, aku kena jaga parents yang tak boleh nak tinggal rumah sorang. Dari makan, mandi, segala macam kerja rumah aku kena ambil tahu."Dalam masa sama, segala bil-bil komitmen aku pun nak kena fikir, dari aku celik mata sampai aku lelap mata, aku utamakan orang lain dulu berbanding diri aku," ceritanya sambal menambah, kedua-dua orang tuanya kini berusia 70-an.ARTIKEL BERKAITAN: Zaman belajar korban biasiswa, masa kerja wajib serah RM2,000 sara keluarga... Anak sulung luah makin lelah - “Semua sebab ayah aku!”ARTIKEL BERKAITAN: Hati kering, gila jenama! Ibu sedih anak sulung berubah biadab, sanggup melawan sebab tak penuhi gaya hidup mewahIndividu itu bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai adik-beradiknya yang lain. Tambahnya, perkongsian di media sosial bukan bertujuan untuk merungut atau mengungkit, sebaliknya sekadar mahu meluahkan perasaan yang tidak pernah diambil berat oleh orang sekeliling."Jarang-jarang nak meluah. Biasalah, bongsu simpan je sendiri-sendiri. Jarang orang nak dengar bongsu berkata sebab kita paling 'mentah'."Tak duduk tempat kita, tak rasa berapa kali kita nak give up. Sampai rasa hidup sekadar hidup je. Tak ada dah segala impian, semua dah terkubur perlahan-lahan," akhirinya.Seorang individu bergelar anak bongsu luah rasa penat kerana menjaga ibu bapa sejak remaja.Dia melihat sendiri bagaimana keadaan kesihatan ibu bapa yang semakin merosot sejak belajar hingga sudah bekerja.Dia ambil alih tanggungjawab itu seorang diri hingga ketepikan impian.Dalam masa yang sama dia penat memikirkan pelbagai komitmen yang perlu dilangsaikan.Netizen simpati dan beri kata semangat.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib individu berkenaan dan mengakui mereka turut berdepan situasi sama apabila perlu menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapa yang semakin berusia.Malah ada yang berkata pengorbanan seorang anak sering tidak kelihatan di mata orang lain kerana mereka memilih untuk memendam segala kepenatan dan kesedihan sendiri."Allah uji sebab Allah tahu kau kuat. Apa kau rasa tu tak salah, sebab kita manusia."Menjaga parents yang tua dan sakit tu lah ladang pahala untuk kamu," demikian antara komen netizen.