Anak sulung sering kali memikul tanggungjawab besar dalam keluarga, beban ini memerlukan kekuatan mental yang tinggi. -Gambar hiasan AI
ANAK sulung sering kali menjadi orang pertama yang terpaksa berkorban apabila sesebuah keluarga berdepan dengan kesulitan.Malah ada yang sanggup mengetepikan impian, masa depan serta keperluan sendiri semata-mata demi kebahagiaan ibu bapa dan adik-adik. Dalam satu perkongsian di Threads, seorang wanita berusia 29 tahun meluahkan perasaan dan mengakui dia semakin lelah kerana menjadi tulang belakang keluarga sejak sekian lama, gara-gara masalah kewangan ibu bapa."Aku berumur 29 tahun, anak sulung perempuan daripada sembilan beradik. Mak saja kerja, ayah jarang-jarang nak kerja."Sejak zaman belajar lagi, setiap kali dapat duit biasiswa memang aku akan bagi kepada keluarga, buat belanja dan paling penting sekali untuk bayar ansuran kereta," katanya menerusi perkongsian tersebut.Tambah wanita itu, ibunya yang bekerja dalam sektor kerajaan berdepan masalah hutang yang agak serius sehingga terpaksa mendapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).Menjadi rutin buat segelintir individu menyalurkan wang perbelanjaan bulanan untuk ibu bapa. -Gambar hiasan AIUjarnya, sebahagian besar masalah kewangan yang dihadapi keluarganya berpunca daripada kegagalan bapanya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga."Aku boleh katakan semuanya sebab ayah. Secara ringkasnya, dia tak bagi nafkah," katanya lagi.Sejak mula melangkah ke alam pekerjaan pada usia 25 tahun, wanita ini menjadi lubuk utama bagi kelangsungan hidup keluarganya apabila wajib menghulurkan wang poket kira-kira RM2,000 setiap bulan kepada si ibu.ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘burnout’ kerja di Singapura... Tiap bulan kirim duit beribu pada keluarga tapi bapa berhabis main judiARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung rasa tak dihargai! Banyak korban masa, cari duit untuk senangkan famili akhirnya dicop andartu oleh adik-adikMalah, dia turut menjadi 'talian kecemasan' bagi menanggung pelbagai keperluan adik-beradik lain termasuk kos membaiki kenderaan, perbelanjaan musim perayaan, dan segala kecemasan luar jangka."Aku yang banyak tolong keluarga. Selain hantar RM2,000 sebulan kepada mak, aku juga support adik-adik."Kereta rosak, motosikal rosak, kos raya... pendek kata kalau ada masalah kewangan, semua cari aku," luahnya.Bagaimanapun, selepas empat tahun bekerja dan memikul tanggungjawab tersebut, wanita itu mengakui dia mula berasa penat serta tertekan kerana masih belum mampu membina kedudukan kewangan yang stabil untuk masa depan sendiri.Seorang wanita luah rasa penat kerana pikul tanggungjawab besar menanggung keluarga.Ibunya bekerja namun mempunyai banyak hutang, manakala bapa tiada kerja tetap.Sejak zaman belajar hingga sudah bekerja, dia banyak berkorban dari segi kewangan lagi-lagi mempunyai ramai adik.Ujarnya, semuanya berpunca daripada bapa yang tak laksana tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Netizen saran agar wanita itu mula tetapkan batas kewangan dan utamakan diri sendiri terlebih dahulu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Rasa macam nak berhenti semua ini sebab dah umur begini pun simpanan masih ciput."Adakah aku kakak atau anak yang jahat kalau aku nak kurangkan peruntukan kepada keluarga? Aku sendiri kena ikat perut demi keluarga," katanya.Di ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan nasihat dan menyarankan supaya wanita itu mula menetapkan batas kewangan secara perlahan, selain mengutamakan simpanan peribadi dan keperluan diri sendiri terlebih dahulu."Kesiannya sis... cuma tolong yang basic je. Adik-adik lain yang dah besar, mereka kena usaha. Kalau tidak, mereka tak tahu erti kesusahan."Sis stop ye. Nanti adik-adik tu semua akan jadi tak kenang budi kalau suap semuanya kepada mereka," demikian antara komen netizen.