suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis terlibat kemalangan kecewa bakal suami hanya ‘bluetick’ mesej, tak tanya khabar - “Rancangan kahwin tahun depan bye bye la!”

Apabila terlibat dalam kemalangan, perasaan buntu, panik dan gelisah adalah perkara biasa. -Gambar hiasan AI

RANCANGAN murni seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga pada Februari tahun depan musnah di tengah jalan selepas mendakwa teman lelakinya bersikap acuh tidak acuh dan lepas tangan ketika dia ditimpa kemalangan jalan raya pada Selasa.

Menurut wanita berkenaan, kejadian malang itu berlaku kira-kira pukul 9.53 malam apabila keretanya dilanggar dari arah tepi sehingga menyebabkan bahagian badan kenderaan calar dan kemek, selain komponen rim serta tayar mengalami kerosakan.

Katanya, sejurus selepas insiden itu, dia segera memaklumkan perkara tersebut kepada teman lelakinya menerusi aplikasi WhatsApp berserta gambar keadaan kereta sebagai bukti.

Namun, dia perlahan-lahan diselimuti rasa kecewa apabila hantaran itu langsung tidak menerima sebarang respons balas.

"Mesej masuk, doubletick. Saya malas nak call sebab dia ni jenis tak reti angkat panggilan walaupun kau spam banyak kali. Lepas tu saya block je la dia dekat WhatsApp sebab sudah dekat 15 minit tak balas mesej.

Kaum wanita perlu lebih mementingkan harga diri berbanding orang lain. -Gambar hiasan AI

"Apa yang sibuk sangat tak tahu la padahal dia seorang je dekat rumah duduk dengan mak. Saya mesej lagi pukul 10.19 malam tapi dia cuma baca pukul 10.44. Dia tak ada usaha cari saya pun.

"Padahal boleh je mesej, spam dekat Instagram. Jadi sekarang saya dah tahu (perangai sebenar). Rancangan nak kahwin tahun depan bye bye la. Bersyukur Allah sudah tunjuk awal," ujar wanita itu mengenangkan sikap pasangannya.

Wanita itu menambah, walaupun dia terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan fizikal, hatinya luluh apabila terpaksa meminta bantuan bapanya yang sudah uzur demi menguruskan segala urusan pasca-kemalangan tersebut.

"Agaknya kalau saya luka teruk kena langgar mesti dia buat tak tahu juga sebab ni bukan kali pertama dia abaikan saya masa betul-betul kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela minta putus... Rimas, makan hati BF suka simpan resit setiap pembelian - "Gaya dia sangat tak ikhlas"

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi kisah putus cinta gara-gara timun... Teman wanita merajuk, hilang selera nak makan nasi lemak ayam goreng

"Akhirnya saya call ayah datang tengokkan kereta dan uruskan semua dengan orang yang langgar saya. Bukan apa, kesian dekat ayah dah tua. Dia buruh kampung, baru balik kerja waktu Maghrib jadi masih kepenatan lagi," luahnya.

Mengimbau kembali pengorbanannya sebelum ini, wanita berkenaan berkata dia pernah membantu teman lelakinya terkandas di tepi jalan selepas keretanya rosak ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Tanpa berfikir panjang, dia segera bersiap dan memandu hampir satu jam perjalanan demi mendapatkan lelaki itu walaupun dalam keadaan dia yang baru sahaja terjaga daripada tidur.

  • Wanita batal rancangan kahwin selepas kekasih abaikan mesej ketika dia kemalangan.
  • Kereta rosak dilanggar, namun teman lelaki hanya membaca mesej tanpa membalas.
  • Bapa yang sudah berusia tampil membantu menguruskan urusan selepas kemalangan.
  • Dakwa bukan kali pertama kekasih mengabaikannya ketika kecemasan.
  • Pernah pandu hampir sejam pada pukul 2 pagi untuk membantu teman lelaki yang terkandas.

"Dia pernah tersadai tepi jalan sebab kereta rosak pukul 2 pagi. Dia dalam perjalanan balik rumah dari tempat kerja. Dia call suruh datang dan hantar dia balik rumah.

"Nak ke rumah dia satu jam perjalanan. Saya dalam keadaan mamai terus bersiap laju pergi dekat dia. Jenis saya, kalau orang call sekali je saya memang akan terus sedar walaupun tengah tidur.

"Masa dalam perjalanan nak ke sana, dia sibuk call saya. Tanya saya dekat mana, lama lagi ke nak sampai dengan suara nada tinggi," imbasnya mengenai pengalaman tersebut.

Artikel Lain