suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hidup you selesa sangat” - Suami hukum isteri gara-gara tak masak... Sengaja tutup ‘aircond’ masa tengah solat, sorok ‘remote’ TV

Salah faham atau kurangnya komunikasi berkesan antara suami isteri boleh mengundang konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SETIAP rumah tangga pasti melalui fasa turun naik, namun ada kalanya perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan seharian mampu meninggalkan kesan mendalam kepada sekeping hati seorang isteri.

Lebih menyedihkan apabila pengorbanan yang dicurahkan seolah-olah tidak difahami pasangan sendiri, sehinggakan ada yang memilih untuk memendam rasa sendirian daripada mencetuskan pertengkaran.

Begitulah luahan pilu seorang wanita ketika berkongsi kisah sedih mengenai sikap suaminya yang didakwa bertindak dingin hanya kerana dia tidak melakukan kerja rumah kerana kepenatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkeras belanja keluarga makan walau tinggal RM300, siap beli mainan untuk adik ipar! Isteri serba salah duit berbaki RM40 - “Doakan rezeki dia ya”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkira elektrik, merajuk isteri lupa tutup ‘aircond’ sampai sorok ‘remote’! Marah anak tak sengaja tekan ‘timer’

"Semalam saya tak masak. Suami pula tak cakap balik pukul berapa. Sekitar pukul 2 petang saya mesej tanya... bila balik? Saya tak masak ni. Saya dengan anak makan apa ada je.

"Namun 30 minit kemudian, suami sampai rumah. Marah sebab saya tak masak dan tak lipat kain.

"Sebab penat raya, baru semalam boleh duduk rumah. Memang nak rehat je. Dia dah mula bebel. Saya senyap je," kongsinya dalam luahan di Threads.

Kerja rumah seharusnya menjadi tanggungjawab bersama, dan bukan hanya dibebankan di atas bahu isteri sahaja. -Gambar hiasan AI

Wanita itu berkata, dia kemudiannya segera menidurkan anaknya dan mendirikan solat sebelum merancang untuk menyiapkan makanan tengah hari kerana memikirkan suaminya yang mungkin lapar selepas pulang bekerja.

"Siap buat susu, saya solat. Baru angkat takbir, aircond mati. Aik, ada timer ke? Mujurlah dah buka kipas untuk anak.

"Siap solat, saya buka aircond semula. Tak lama, mati lagi. Saya keluar tanya, you tutup aircond ke? Dia jawab, Ya... nampak you hidup selesa sangat. Saya diam.

"Lepas anak tidur, saya keluar masak. Dia masuk bilik buka aircond," ceritanya.

Menurut wanita itu lagi, situasi berkenaan membuatkan dia berasa terkilan apabila suami seolah-olah sengaja mahu menyindir dan menghukumnya hanya kerana dia mengambil masa untuk berehat selepas beberapa hari keletihan kerana melakukan persiapan Aidiladha.

Pada keesokan harinya, wanita tersebut mendakwa berlaku satu lagi insiden yang membuatkan hatinya makin terluka dengan sikap suami.

  • Seorang wanita terasa hati dengan layanan dingin suami.
  • Puncanya kerana dia tidak masak dan lipat kain apabila suami balik dari kerja.
  • Suami tutup pendingin hawa bilik malah menyorokkan remote TV.
  • Tindakan itu seolah-olah sebagai hukuman kerana tak memasak.
  • Wanita itu mendakwa dia hanya mahu berehat seketika selepas penat dengan persediaan Aidiladha.

"Anak dah bising tanya mama sorok remote TV ke? Saya nak mesej tanya suami pun jadi malas. 

"Inilah nasib hidup menumpang. Reda je sebab saya tahu saya tak buat apa-apa, dia buat semua," luahnya sedih.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan sambil menambah, tugas rumah tangga seharusnya dipikul bersama serta tidak wajar dijadikan alasan untuk merendahkan atau menyindir pasangan.

"Gaduh je. Awal lagi ni nak pendam-pendam. Gaduh je lepaskan semua dalam hati.

"Fight la sekali sekala. Dia boleh marah, takkan awak tak boleh marah.

"Kenapa wujud lelaki macam ni yang tak kasih pada isteri sendiri ya? Bukan ke tujuan berkahwin sebab kita saling cinta?" demikian komen netizen.

Artikel Lain