suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu berubah sikap selepas bapa meninggal... Hadiah kereta jadi bahan ungkitan, siap luah penyesalan depan anak-anak lain

Segelintir ibu bapa akan memberikan hadiah kepada anaknya atas khidmat bakti yang dicurahkan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki tidak dapat menyembunyikan rasa tertekan apabila sebuah kereta yang dihadiahkan sebagai tanda penghargaan buatnya, kini bertukar menjadi bahan ungkitan setiap kali timbul isu berkaitan bayaran dan penyelenggaraan kenderaan tersebut.

Membuka cerita tentang kesedihan yang ditanggung, pemuda ini menjelaskan kereta tersebut dibeli oleh ibunya dan didaftarkan atas namanya selepas dia banyak membantu menjaga bapanya yang menghidap kanser serta menguruskan keluarga.

"Mak ada belikan aku kereta dan daftarkan atas nama aku disebabkan aku jaga ayah masa dia sakit kanser.

"Lagipun daripada sembilan orang adik-beradik, aku sahaja yang ulang-alik hospital setiap hari untuk jaga makan minum mak selama setahun ayah sakit.

"Adik-beradik lain endah tak endah je, jadi mak aku hadiahkan kereta yang aku tak pernah minta," luahnya di Thread.

Ibu perlu memberi contoh teladan yang baik pada anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

Ibu perlu memberi contoh teladan yang baik pada anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

Menurut pemuda ini, dia langsung tidak mengetahui tentang rancangan ibunya itu sehinggalah saat dia diminta untuk menandatangani dokumen pendaftaran di pusat jualan kenderaan.

Malah dia mengakui sangat terkejut apabila dimaklumkan bahawa kereta berkenaan adalah hadiah ikhlas atas baktinya kepada ibu bapa.

Bagaimanapun, keadaan mula berubah selepas bapanya meninggal dunia.

Hadiah yang dahulunya diberikan sebagai tanda terima kasih, kini kerap menjadi modal ungkitan ibunya hampir setiap bulan, terutamanya apabila tiba tarikh untuk melunaskan bayaran bulanan.

"Mak asyik ungkit pasal kereta tu sebab dia kena bayar bulanan, cukai jalan... masa tu aku masih lagi student. Apabila dah berkerja, aku beli kereta lain sebab tak mahu mak hutang sebuah lagi kereta untuk adik aku dan dia setuju.

  • Lelaki sedih hadiah kereta daripada ibu sering diungkit.
  • Kereta diberi selepas dia jaga bapa yang sakit kanser.
  • Dakwa ibu mula berubah selepas bapanya meninggal dunia.
  • Ibu turut luah penyesalan letak kereta atas namanya.
  • Netizen kata hadiah ikhlas tak wajar dijadikan ungkitan.

"Tapi sekarang, dia makin kerap mengungkit sebab kereta tu atas nama aku," luahnya yang terkilan dengan sikap ibu kandungnya itu.

Lebih mengecewakan, lelaki ini turut mendakwa ibunya mula meluahkan rasa penyesalan kerana meletakkan namanya sebagai penama kereta.

Malah perkara tersebut diluahkan secara lantang di hadapan adik-beradiknya yang lain.

"Ibu siap cakap depan adik-beradik lain... penyesalan terbesar ibu dalam hidup, beli kereta letak nama orang lain.

"Aku sangat-sangat terasa dan banyak kali dah minta dia tukar nama tapi dia yang tangguh," adunya yang buntu dengan situasi berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak dapat cincin emas, adik habuk pun tiada! - Anak kedua sayu jadi mangsa pilih kasih, tak pernah dapat hadiah daripada ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda baru tamat latihan komando ‘blur’, tercengang terima hadiah daripada ibu! Penat bukan biasa-biasa

Situasi menjadi semakin rumit kerana kenderaan tersebut sebenarnya diguna pakai oleh adiknya demi memudahkan urusan harian, sekali gus mengelakkan ibunya daripada membuat pinjaman bank yang baharu.

"Aku bagi adik pakai kereta tu supaya mak tak perlu buat hutang lain dan bukan aku tak mahu bayar bulanan. Aku pun ada komitmen rumah yang mak suruh beli sebab nak aku duduk dekat dengan dia masa aku baru tamat belajar.

"Lagipun tak cukup duit aku nak bayar dua buah kereta sekali gus, aku juga yang bagi duit bulanan pada mak,"  tambahnya lagi bagi memperincikan bebanan kewangan yang sedang dipikulnya.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai berpendapat hadiah yang diberi secara ikhlas tidak sepatutnya dijadikan bahan ungkitan sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.

"Jual sajalah kereta tu, bagi duit terus dekat mak. Lebih mudah.

"Perempuan memang suka mengungkit bab duit, lagi-lagi kalau dia keluarkan duit dalam masa sama hati tak berapa ikhlas," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain