suria

Kakak dapat cincin emas, adik habuk pun tiada! - Anak kedua sayu jadi mangsa pilih kasih, tak pernah dapat hadiah daripada ibu

Layanan pilih kasih oleh ibu bapa boleh membuatkan anak makan hati. -Gambar hiasan AI

KASIH sayang seorang ibu sememangnya tidak mampu dinilai dengan wang ringgit.

Namun layanan yang dirasakan berbeza antara adik-beradik adakalanya boleh meninggalkan kesan mendalam dalam hati seorang anak.

Walaupun cuba untuk sentiasa berfikiran positif dan tidak mahu berprasangka buruk, tidak dapat dinafikan rasa kecil hati itu tetap hadir, lebih-lebih lagi apabila melihat layanan yang diterima seolah-olah tidak sama rata.

Begitulah luahan seorang wanita yang mengakui dia memendam rasa selepas mendakwa sering menerima layanan yang jauh berbeza berbanding kakaknya sendiri daripada ibu mereka.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut berkata dia mula terasa hati selepas mengetahui ibunya menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada kakaknya sempena hari lahir, sedangkan perkara yang sama tidak berlaku kepadanya.

Seorang ibu sewajarnya melayani setiap anak dengan kasih sayang sama rata. -Gambar hiasan AI

"Valid tak kalau saya terasa hati? Saya dapat tahu mak bagi kepada kakak cincin emas untuk birthday dia. Kakak dah kahwin.

"Tapi apabila tibanya birthday saya, tak bagi apa-apa hadiah pun. Saya juga dah berkahwin," tulisnya.

Menurut wanita itu, situasi tersebut bukanlah perkara baharu kerana sejak beberapa tahun lalu, kakaknya sering menerima hadiah daripada ibu mereka sedangkan dia tidak pernah memperoleh apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat”

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”

"Tahun sebelum-sebelum ni pun sama, kakak saya dapat hadiah baju dan pelbagai lagi... tapi saya tak dapat apa-apa pun.

"Faham je mak mesti sayang anak sulung lebih tapi sebagai anak kedua kita banyak memendam rasa," katanya lagi.

Bagaimanapun, pengadu menegaskan bahawa dia tidak pernah berasa dengki terhadap kakaknya dan tetap bersyukur dengan rezeki yang diperoleh Wanita itu.

"Saya tak dengki dengan kakak. Saya tumpang gembira untuknya, Alhamdulillah tu rezeki dia.

"Cuma tertanya-tanya kenapa tak dilayan sama rata. Saya tak dapat apa-apa. Kalau dapat barang murah pun kita bersyukur sangat. Rasa la juga disayangi tu," ujarnya.

  • Seorang wanita mendakwa menerima layanan berbeza daripada ibu.
  • Ibu belikan kakak sulung cincin emas sempena hari jadi, sedangkan dia tak pernah dibelikan hadiah sama.
  • Dia kecil hati selepas dapat tahu perkara itu.
  • Dia mendakwa kakak sering terima hadiah hari jadi pada tahun-tahun sebelumnya.
  • Wanita itu nafi iri hati cuma tertanya-tanya mengapa ibu beri layanan berbeza.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen memahami perasaan wanita itu.

Mereka berpendapat setiap anak pastinya mengharapkan layanan dan perhatian yang adil daripada ibu bapa, walaupun dalam perkara kecil.

"Selalu jadi macam tu mesti sebab di pandangan mak kita, kita independant boleh buat semua sendiri.

"Valid je, tapi jangan lama-lama simpan rasa tu. Kadang-kadang orang tua tak perasan apa yang dia buat tu. Gembirakan diri awak je.

"Sama tapi kita anak sulung. Kita ajar diri untuk tak mengharap apa-apa daripada orang yang tak menghargai kita," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain