suria

“Salah ke cari kebahagiaan?” - Baru 5 bulan kahwin, isteri rasa teraniaya suami nak berpoligami... Siap paksa jumpa calon madu!

Ada isteri sanggup hidup bermadu demi kebahagian suami. -Gambar hiasan AI

TIADA isteri sanggup kesetiaan yang diberikan kepada suami dibalas dengan kecurangan yang merentap hati dan jiwanya.

Namun itulah yang terpaksa ditelan oleh seorang wanita ini apabila perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dicemari dengan kehadiran orang ketiga.

Lebih menambah luka, suami tanpa rasa bersalah memberi alasan mahu mencari kebahagiaan walaupun mereka baru sahaja lima bulan mendirikan rumah tangga.

"Dia cakap, salah ke dia nak cari kebahagiaan lagi? Aku rasa pelik, baru kahwin kenapa nak cari kebahagiaan lain?" luahnya.

Penceraian adalah jalan terakhir apabila rumah tangga tidak dapat diselamatkan lagi. -Gambar hiasan AI

Penceraian adalah jalan terakhir apabila rumah tangga tidak dapat diselamatkan lagi. -Gambar hiasan AI

Cerita wanita itu, dia pernah minta dilepaskan kerana tidak sanggup berdepan dengan lelaki yang tergamak menghancurkan hatinya.

Bagaimanapun suaminya enggan bercerai sebaliknya meluahkan hasrat berpoligami malah tanpa segan silu mengajaknya berjumpa dengan bakal madu.

"Aku ikut suami pergi untuk mengenali perempuan tersebut.

"Perempuan itu minta maaf, dia cakap sebelum ini dia tidak tahu suami aku sudah ada isteri. Dia ingat duda," katanya yang mengakui lelaki tersebut seorang duda sebelum mereka berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi takut guna media sosial, terkejut ‘stranger’ tawar diri jadi madu - “Dia suka cara suami layan aku, anak-anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kedua alami masalah gatal-gatal kemaluan, syak suami bawa penyakit dari rumah madu - “Disclaimer, aku bukan penyondol”

Walaupun hati bagai dihiris pisau, wanita itu memberitahu mengizinkan lelaki itu berpoligami selepas melihat sendiri kemesraan mereka.

"Aku izin dia kahwin lagi biarpun hati terasa sakit. Bayangkan setiap hari aku terpaksa hadap bila mereka call dan bermesej depan aku dengan gelak ketawa dan senyum manja.

"Kadang-kadang dia tanya aku bila suami tak balas mesej atau panggilan dia," kongsinya.

Bagaimanapun, hubungan mereka akhirnya terputus selepas wanita itu membuat keputusan untuk mengundurkan diri.

  • Wanita kecewa apabila suami curang selepas lima bulan berkahwin.
  • Suami beri alasan mahu mencari kebahagiaan lain walaupun baru mendirikan rumah tangga.
  • Isteri tetap merelakan suami berkahwin lain demi mempertahankan perkahwinan.
  • Bakal madu akhirnya menarik diri kerana kasihan terhadap isteri pertama.
  • Netizen menasihati wanita itu mendapatkan bantuan pejabat agama.

"Dia cakap akak, saya tak boleh teruskan hubungan saya dengan suami akak. Saya tak sanggup sebab akak terlalu baik. Baik sangat. Saya undur diri. Saya takkan ganggu rumah tangga akak lagi.

"Mereka tak jadi kahwin. Mereka berpisah walaupun suami aku marah tetapi suami tetap curang dan cari perempuan lain," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan agar dia membuat aduan kepada pejabat agama bagi mendapatkan nasihat.

"Kalau sudah sampai menggangu kesihatan mental, agama pun tak kejam suruh kita setia kepada suami macam itu," komen netizen.

Artikel Lain