BUKAN semua orang sedar mereka sebenarnya berdepan masalah bau badan atau bau mulut hingga boleh menjejaskan keyakinan diri serta hubungan sosial. Namun dalam sesetengah keadaan, ada juga yang menyedari masalah tersebut tetapi sukar mengatasinya kerana ia berpunca daripada faktor kesihatan, bukan semata-mata soal kebersihan diri. Dalam keadaan begini, ramai antara kita lebih rela berdiam diri atau 'tahan nafas' sahaja kerana bimbang teguran itu akan menggores hati dan memalukan mereka.Salah satu cara untuk menegur seseorang yang mempunyai masalah sedemikian secara berhemah adalah dengan menghantar mesej tanpa mendedahkan identiti diri. -Gambar hiasan AIBerbeza pula dengan pendekatan seorang wanita ini yang tular di media sosial. Dia memilih untuk bertindak lebih bijak dan berhemah apabila nekad menegur rakannya yang mengalami masalah bau mulut yang serius.Demi menjaga hati, dia sanggup mencipta alamat e-mel palsu dan menghantar mesej teguran tersebut dengan identiti rakan sekerja yang dirahsiakan."Saya pernah tegur seseorang yang bermulut busuk. Saya buat e-mel palsu.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya 100 peratus bersih, harap maaf” - Mengaku hidap sindrom ‘bau ikan’, pemandu e-hailing tampal notis maklumanARTIKEL BERKAITAN: Wanita teruja suami bangun tidur, bau mulut ‘sedap gila’! Rupanya ramai isteri ketagih - “Macam baby versi besar”"Konon-kononnya e-mel itu datang daripada rakan sekerja semua, jadi dia tak tahu siapa yang hantar," katanya.Tindakannya itu ternyata membuahkan hasil apabila rakannya membalas e-mel tersebut dengan nada positif.Rakannya memaklumkan bahawa dia sudah pun berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.Mengejutkan, hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa masalah bau mulut itu sebenarnya berpunca daripada isu kesihatan dalaman, khususnya berkaitan masalah perut, dan bukannya soal kebersihan semata-mata."Harap sekarang keadaan dia dah okey sebab dia kena betulkan masalah perut itu dulu," ujarnya lagi.Seorang wanita menegur rakannya yang ada masalah bau mulut secara berhemah guna e-mel palsu.Dia seolah-olah menghantar mesej daripada beberapa rakan sekerja supaya identiti tidak diketahui.Rakannya membalas dan memaklumkan sudah mendapatkan rawatan doktor.Doktor mengesahkan masalah tersebut berpunca daripada isu kesihatan perut.Netizen setuju teguran perlu dibuat secara baik dan tanpa melukakan perasaan individu terbabit.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, wanita berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya menegur secara baik sekiranya berdepan situasi sama, selain menggalakkan individu yang mengalami masalah bau mulut mendapatkan pemeriksaan kesihatan."Kalau ada kawan-kawan yang mulut berbau, boleh suruh dia periksa perut. Tapi tegur secara baiklah," katanya lagi.Di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju bahawa teguran berkaitan isu sensitif seperti bau badan atau bau mulut perlu dilakukan dengan penuh berhemah. Mereka memuji pendekatan wanita itu kerana cuba menjaga perasaan rakannya, namun dalam masa yang sama tetap membantu individu tersebut menyedari masalah kesihatan yang dihadapinya.