suria

Wanita teruja suami bangun tidur, bau mulut ‘sedap gila’! Rupanya ramai isteri ketagih - “Macam baby versi besar”

Setiap suami isteri mahukan pasangan yang jaga kebersihan. -Gambar hiasan

KEBAHAGIAAN rumah tangga bukan hanya terletak pada kasih sayang dan saling memahami tetapi juga rasa selesa antara satu sama lain.

Usia perkahwinan yang bertahun-tahun boleh berakhir dengan perpisahan hanya kerana sikap pengotor suami, misalnya yang mempunyai masalah mulut busuk.

Namun bagi seorang wanita, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang mempunyai bau mulut yang wangi.

Perpisahan boleh berlaku hanya kerana pasangan bersikap pengotor. -Gambar hiasan

Apa yang lebih mengujakannya, bau wangi seperti yang digambarkannya sering berlaku pada waktu pagi selepas suaminya bangun dari tidur.

"Saya je ke yang suka hidu bau mulut suami bangun tidur? Dia punya bau tu sedap gila!

"Macam baby tapi versi dah besar. Tak bau busuk macam bau bangun tidur pun, sumpah!" katanya di laman sosial.

Menerusi hantaran sama, wanita itu berkata pada mulanya dia merasakan situasi ini adalah pelik kerana kebiasaannya mulut seseorang berbau kurang menyenangkan selepas bangun dari tidur pada waktu pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu cerai lepas 10 tahun tahan mulut busuk suami, rasa berdosa gagal ‘bersama’ - “Bau dari jauh pun mual”

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu cuba nak ‘bersama’ suami tapi sikap pengotor potong ‘mood’! Hilang selera bau air liur basi, tidur berdengkur kuat

"Saya ingat saya je pelik. Saya tengok sama je rutin suami macam kita gosok gigi.

"Tapi mungkin sebab dia suka minum air masak. Entahlah, tapi tak ada rutin yang khusus pun," ujarnya.

Bestnya mulut bangun pagi tak bau, kita ni pergi scaling, gosok gigi tapi nafas pagi serupa bau cicak mati.

NETIZEN

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen terutamanya dalam kalangan isteri yang cemburukan dirinya.

Dalam masa sama, ada juga netizen berkongsi pengalaman sama teruja dengan bau mulut suami masing-masing, selain ada yang bertanyakan rahsia di sebalik mulut pasangan tiada bau kurang menyenangkan.

Kasih sayang dan persefahaman kunci kebahagiaan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Anda tidak keseorangan. Saya pun kadang macam ketagih dengan bau mulut suami sendiri. Dah la gigi cantik, elok pula hembusan nafas wangi berseri. Kitanya insecure walaupun buat scaling sekali tiga hingga enam bulan.

"Eh sama la, saya ingat saya pelik tau. Tapi memang sedap pun bau mulut suami saya. Lagi-lagi kalau dia tidur, saja je dekatkan hidung kat mulut dia sebab nak bau. Tak busuk langsung ye. Sedap bau sama macam ketiak. Sebab dia tak merokok kot, tapi memang sedap bau dia.

"Dia ada apa-apa rutin tak? Bestnya mulut bangun pagi tak bau, kita ni pergi scaling, gosok gigi bagai nak rak tapi nafas pagi serupa bau cicak mati, insecure sangat.

"Apa la doa korang ni dapat suami mulut tak berbau. Mesti tiptop kebersihannya. Mulut sendiri pun belum tentu wangi," antara komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain