ANAK-anak yang membesar dalam kemiskinan semestinya tak berpeluang menikmati makanan sedap dan berkhasiat.
Faktor ini juga memberi kesan terhadap perkembangan dan proses tumbesaran mereka sehingga dapat dilihat jelas secara fizikal.
Seorang wanita berpendapat wujud perbezaan fizikal yang ketara antara anak orang kaya dan kanak-kanak yang keluarganya serba sederhana.
Ibu bapa berpendapatan rendah mungkin tidak mampu memberi makanan berkhasiat kepada anak. -Gambar hiasan
"Bila orang kongsi tentang masalah bantut dalam kalangan anak-anak dan faktor penyumbang tu semua, baru aku faham kenapa anak-anak orang kaya jenis tinggi dan badan slim.
"Bila aku spend quite some time dekat playground kan, aku dah boleh bezakan rupa paras fizikal anak orang kaya dan orang kebanyakan," tulisnya di Thread.
Menurut wanita itu, anak orang kaya biasanya mempunyai ciri fizikal hampir sama kerana ibu bapa mereka mampu menyediakan makanan berkhasiat.
Bila aku spend quite some time dekat playground kan, aku dah boleh bezakan rupa paras fizikal anak orang kaya dan orang kebanyakan.
WANITA
Tambahnya lagi, negara seperti Korea Selatan dan China juga sangat mementingkan makanan berkhasiat dalam kalangan generasi baharu mereka.
"Anak orang kaya waktu umur awal remaja biasa kurus keding tapi tinggi melangit. Seolah-olah itulah rupa kebiasaan mereka.
"Rupanya sebab mak ayah yang kaya mampu menyediakan makanan-makanan yang berkhasiat.
ARTIKEL BERKAITAN: Lain betul akhlak anak orang susah datang beraya, siap bersihkan serdak biskut tumpah... Perbualan dua beradik buat tuan rumah sayu
ARTIKEL BERKAITAN: “Miskin tak apa, jangan bodoh!” - Wanita ‘angin’ tengok budak 5 tahun berniaga sendirian, mak ayah ‘sedap’ lepak mamak
"Negara Korea Selatan dan China dah buktikan pengambilan makanan yang seimbang waktu usia kanak-kanak sehingga remaja dapat menghindarkan masalah bantut.
"Sebab tu kerajaan mereka sangat proaktif dalam penyediaan makanan percuma kat sekolah," tulisnya lagi.
Namun di ruangan komen, kelihatan beberapa netizen menyuarakan pendapat berbeza, malah ada yang tidak bersetuju dengan pandangan wanita itu.
Kanak-kanak biasa menjalani kehidupan serba sederhana. -Gambar hiasan
"Sebenarnya ya. Bila bagi anak makan cukup nutrisi, anak akan membesar dengan baik.
"Pasal tinggi rendah tu bukan genetik ke?
"Oh bukan sebab keturunan ke ketinggian ni?
"Kawan saya anak orang kaya, dia gemuk dan pendek. Sebab genetik dia begitu," tulis beberapa netizen.