INDIVIDU yang pernah menjadi mangsa serangan seksual biasanya akan berdepan trauma berpanjangan.
Begitulah juga yang berlaku terhadap lelaki ini sehingga dia dilihat berlebih-lebihan dalam melindungi anaknya.
Kisah mengenai lelaki 'overprotective' itu dikongsikan sendiri oleh bekas isterinya menerusi aplikasi X.
Trauma berpanjangan boleh berlaku kepada mereka yang pernah dirogol. -Gambar hiasan
"Bekas suami aku pernah kena rogol dengan ayah tiri dia. Sekarang aku nak kahwin lain dia letak syarat untuk letak kamera litar tertutup (CCTV) dalam bilik anak kami dan dekat ruang tamu.
"Ini tak adil sebab aku bertudung, dekat rumah free hair. Sekarang dia bagi pilihan sama ada anak bagi dekat dia (anak) atau pasang CCTV," luah wanita itu.
Dalam hantaran sama, wanita itu turut mempersoalkan sikap bekas suaminya yang dianggap tidak adil dan menyusahkan dirinya.
Dia selalu tanya-tanya dan periksa anak-anak satu badan.
BEKAS ISTERI
"Lepas cerai elok pula dia bagi isteri adik dia jagakan anak-anak. Tak kisah pula pasal orang luar.
"Masalahnya kalau dah duduk dengan dia, anak-anak tak boleh bermalam dekat rumah aku kecuali kalau ada dia sekali atau pasang CCTV.
"Even tidur semalam dua pun dia nak monitor CCTV. Anak-anak prefer dengan ex husband sebab dia selalu bawa makan sedap-sedap.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami dingin seks, malu walau dah lama kahwin! Elak berlaga bahu isteri, apatah lagi mula dulu - “Bab batin dia kurang”
ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak halang suami ‘makan luar’, isteri taat layan nafsu seks setiap hari - “Saya tunaikan sampai melecet!”
"Lepas tu rumah adik ipar suami ada ramai sepupu boleh berkawan," cerita wanita itu lagi.
Menjelaskan punca penceraiannya, wanita itu berkata dia menjalani kehidupan tidak bahagia sepanjang mendirikan rumah tangga.
Malah katanya, dia turut dianggap sebagai ibu yang gagal kerana memilih untuk bekerja daripada duduk menjaga anak-anak di rumah.
Pelaku jenayah seksual wajar diberikan hukuman keras. -Gambar hiasan
"Sekarang pergi dan balik sekolah dia ambil anak-anak. Dia selalu tanya-tanya dan periksa anak-anak satu badan. Kami bercerai sebab selalu bergaduh dan rumah tak tenang.
"Dia selalu cakap aku gagal sebagai mak sebab nak bekerja lepas kahwin. Dia tak nak anak duduk dengan orang asing.
"Masalahnya aku dah biasa kerja. Kalau duduk rumah, aku drain sebab stuck tak buat apa-apa," luah wanita itu lagi.