JIKA sebelum ini tular beberapa babak dalam drama popular, Keluarga Itu yang menyaksikan isteri mengelak untuk bersama suami, hakikatnya senario itu berlaku di dunia nyata.
Seorang lelaki melahirkan rasa kecewa di media sosial apabila isterinya dikatakan turut berkelakuan sama.
Suami isteri yang sering bergaduh disaran mendapatkan nasihat dan kaunseling. -Gambar hiasan
"Boleh ke nak sabitkan isteri nusyuz sebab selalu sangat mengelak tidur dengan suami? Dia suka letak anak kiri dan kanan.
"Sekarang dah tak duduk sekali. Tak boleh ingat dah bila dia betul nak tidur sebelah saya, pillow talk ke bincang ke memang tiada," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami dingin seks, malu walau dah lama kahwin! Elak berlaga bahu isteri, apatah lagi mula dulu - “Bab batin dia kurang”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami penyayang dingin lepas 5 tahun kahwin... Rimas isteri hantar mesej, kalau merajuk sampai ke sudah tak pujuk
Tambahnya, pelbagai alasan diberikan apabila dia bertanya kenapa isterinya bersikap sedemikian.
"Kalau kita dah selesaikan benda yang jadi alasan tu, dia akan buat benda sama juga kemudiannya cari alasan lain. Benda dah jadi bertahun-tahun tak pernah berubah.
"Kalau bergaduh campak barang satu rumah, pukul suami, rosakkan barang, terbalikkan makanan suami, sampai bawa keluar pisau dan gunting acukan dekat suami," katanya.
Isteri dah tawar hati tu.
NETIZEN
Lelaki itu berkata isterinya juga seolah-olah tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang termasuklah ketika melakukan hubungan intim.
"Tapi memang tiada kasih sayang langsung sekadar nak bagi suami lepas je, cium pun ditolak, kalau peluk pun rimas.
"Bab tu pun tak boleh tegur, masa 'bersama' pun boleh bergaduh tapi bab tidur tu memang dia akan sentiasa buat gitu.
Reaksi netizen
"Saya merayu minta kasih sayang tapi dia tak dengar, siap cabar kita cari lain dan cerai," katanya.
Netizen yang membaca perkongsian berkenaan berpandangan mungkin berlaku sesuatu yang menyebabkan si isteri berubah hati.
"Isteri dah tawar hati tu.
"Nak komen lebih-lebih tak tau apa masalah sebenar sebab apa punca bermulanya dia jadi dingin camtu?
"Pada saya isteri dia ada simpan dendam, mungkin suami dia pernah buat silap sekali dua kot, sebab tu isteri jadi dingin," kata warga maya.