PELAKON Fasha Sandha tidak menyangka tindakannya menjual mangga di sebuah festival makanan mengundang persoalan seorang wanita yang menyifatkan perniagaan itu terlalu kecil untuk diusahakannya.Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata wanita tersebut mempersoalkan mengapa dia tidak memilih untuk menjalankan perniagaan yang lebih besar berbanding menjual buah-buahan. Bagaimanapun, Fasha menjelaskan dia tidak kisah mengusahakan perniagaan kecil-kecilan asalkan sumber pendapatan yang diperoleh halal dan tidak dibebani hutang."Saya nak kongsi sikit pengalaman di Pasar Galau semalam (Jumaat), saya ini suka tolong suami berniaga. Ini perniagaan abang dia, bila habis shooting awal saya akan tolong meniaga. Fasha tidak kisah mengusahakan perniagaan kecil-kecilan."Waktu itu saya tengah berbual dengan kawan, ada seorang makcik tanya kenapa meniaga manga? Kenapa tak buat bisnes yang lebih besar? "Kenapa jual mangga, mangga ni boleh jual tepi jalan saja. Jawapan saya pendek saja, saya kata tak kisah pun meniaga mangga sebab biarlah perniagaan itu kecil tapi halal, daripada perniagaan besar tapi haram. Lagi pun berniaga macam ini tak berhutang, ini yang kami mahukan kehidupan yang selesa bukan yang mewah berlebihan," katanya. Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Threads miliknya pada petang Sabtu. Difahamkan, insiden berkenaan berlaku ketika pelakon itu menyertai Pasar Makan & Galau Food Festival yang berlangsung di Cheras, Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Elisya Sandha muat naik status konflik keluarga, ini respons Fasha!ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elisya Sandha pasrah... Gimik gaduh dengan Fasha kurang ‘bisa‘ - “Mereka tak percaya“Tambah Fasha, dia memahami mungkin wanita berkenaan mempunyai niat baik ketika mengajukan soalan tersebut, namun baginya perniagaan tetap satu pekerjaan mulia tanpa mengira besar atau kecil."Kita faham mungkin cara dia bertanya itu dengan berniat baik, bagi saya pula tak salah berniaga sebab itu perniagaan yang mulia. "Saya sendiri pernah nampak ada selebriti yang kadangkalanya di atas (senang), tapi bila berada di bawah (susah) dia tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan. "Saya pun nak masa depan yang boleh hidup dengan apa cara sekali pun, jadi tak ada masalah berniaga kecil atau besar asalkan halal," ujarnya. Fasha (kiri) tidak segan mengusahakan perniagaan mangga milik abang iparnya.Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang berusaha mencari rezeki menerusi perniagaan agar tidak mudah berputus asa hanya kerana pandangan orang lain."Kepada mereka yang sedang berjuang (peniaga) sekarang, mungkin kata-kata orang boleh buat kita down. "Anggaplah itu sebagai pembakar semangat untuk maju dan buat apa yang kita rasa betul, tak kacau orang. "Kita pun tak tahu entah-entah orang yang ada perniagaan besar itu penuh dengan hutang. Apa yang penting teruskan usaha," katanya.