suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penuntut IPT berhabis RM700 balik mengundi sempena PRN Melaka, gesa Gen Z keluar awal - “Jangan sampai mak marah!”

Ashira pulang ke Melaka untuk mengundi sempena PRN kali ke-16 pada Sabtu.

TAMBANG penerbangan pergi dan balik mencecah RM700 tidak menghalang seorang penuntut universiti pulang dari Sarawak ke Melaka demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali pertama.

Ashira Dania Mohd Hairun, 20, berkata dia tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai 'bahang' Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 meskipun perlu menanggung kos perjalanan yang agak tinggi.

Penuntut tahun pertama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu mengakui teruja untuk merasai pengalaman pertama memilih wakil rakyat, sekali gus sanggup pulang ke kampung halamannya di Taman Seri Duyong 2, Melaka.

"Kos pergi dan balik saya beli tiket penerbangan sekitar RM700. Perasaan teruja sebab ini kali pertama nak mengundi.

"Harini saya datang dengan kakak dan saudara-mara saya. Mereka juga mengundi buat kali pertama. Mak ayah yang kejut saya bangun pagi suruh pergi mengundi.

"Saya bangun seawal pukul 6.30 pagi dan bersiap-siap untuk keluar mengundi. Saya rasa berdebar-debar sebab ini kali pertama nak mengundi,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong pada Sabtu.

Mengulas harapannya terhadap wakil rakyat yang bakal dipilih, Ashira berharap pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dapat terus dipertingkatkan.

Selain itu, penuntut jurusan Sains Sosial berkenaan mahu lebih ramai golongan muda dilibatkan dalam pelbagai program kemasyarakatan di kawasan mereka.

"Saya nak DUN ini lebih maju dan lebih ramai anak muda terbabit dalam program komuniti di Duyong ini," katanya.

Dalam pada itu, Ashira menyeru golongan muda khususnya Gen Z supaya tidak mensia-siakan peluang mengundi dengan keluar awal menunaikan tanggungjawab masing-masing.

"Jangan tunggu tengah hari baru mengundi. Jangan bangun petang-petang, jangan sampai mak marah suruh keluar mengundi. Keluarlah mengundi sekarang," katanya.

Artikel Lain