suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rezeki tak salah alamat! Lelaki menang bidaan pangsapuri dua bilik pada harga bawah RM7

Tawaran hartanah pada harga luar biasa rendah bukan perkara baharu di China. -Gambar hiasan AI

SEORANG individu berjaya memiliki sebuah unit pangsapuri pada harga luar biasa menerusi lelongan sempena promosi jualan Double 11.

Pembeli dari timur China itu hanya membayar 11 yuan (kira-kira RM6.74) untuk unit pangsapuri dua bilik yang terletak di wilayah Heilongjiang.

Lebih mengejutkan, lelongan yang dikendalikan menerusi platform Alibaba Auction itu menyaksikan seramai 1,677 pembida bersaing untuk mendapatkan rumah berkenaan.

Menurut rekod platform, sebanyak 1,001 bidaan direkodkan sebelum lelongan berakhir pada 5 November lalu.

Pembeli yang identitinya dirahsiakan itu berjaya mendapatkan rumah berkenaan selepas menjadi individu pertama mengemukakan bidaan pada harga maksimum ditetapkan.

Harga pembelian serta yuran transaksi platform juga dilaporkan sudah dijelaskan.

Menurut laporan, pembeli terbabit sendiri terkejut dengan kejayaan itu dan mengakui tidak mempunyai perancangan untuk berpindah ke Heilongjiang.

Sebaliknya, dia bercadang menjadikan kediaman berkenaan sebagai tempat persinggahan ketika bercuti pada musim sejuk.

Bagaimanapun, harga 11 yuan itu bukanlah satu-satunya kos yang perlu ditanggung kerana pembeli masih perlu membayar kira-kira 2,000 yuan (kira-kira RM1,225) bagi cukai pindah milik hartanah sebelum proses pertukaran hak milik dimuktamadkan.

Berdasarkan anggaran aplikasi hartanah tempatan, nilai pasaran rumah terpakai itu dianggarkan sekitar 40,000 yuan (RM26,000), manakala harga jualan semula purata di kompleks sama adalah kira-kira 2,700 yuan (kira-kira RM1,654) bagi setiap meter persegi.

Pengurus agensi lelongan memberitahu Fengmian News bahawa tawaran luar biasa itu merupakan sebahagian daripada promosi Double 11 Alibaba Auction, dengan platform berkenaan menanggung perbezaan harga melalui subsidi.

Kisah pembelian unit pangsapuri pada harga tidak masuk akal itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Ada yang meluahkan rasa cemburu kerana terlepas peluang mendapatkan kediaman pada harga sedemikian.

Namun, ada juga yang mengingatkan bahawa memiliki rumah bukan sekadar membayar harga pembelian, sebaliknya turut melibatkan kos penyelenggaraan dan pengurusan tahunan.

Sementara itu, pakar undang-undang mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru mengejar tawaran hartanah yang terlalu murah.

Peguam dari firma guaman Beijing Jinsu Law Firm, Wang Yuchen berkata, hartanah pada harga luar biasa rendah berkemungkinan mempunyai masalah tersembunyi.

Antaranya termasuk status hak milik yang tidak jelas, tunggakan cukai, bayaran tertunggak serta kos perundangan yang tinggi sekiranya berlaku pertikaian.

Untuk rekod, tawaran hartanah pada harga luar biasa rendah bukan perkara baharu di China.

Pada November 2024, seorang wanita turut berjaya membeli sebuah pangsapuri tepi laut berkeluasan 40 meter persegi di Weihai, wilayah Shandong, juga pada harga 11 yuan menerusi lelongan. -Agensi

Artikel Lain