suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berangan nak kahwin wanita Jepun? Pemuda beri amaran ‘makan dalam’, siap persoal kemampuan beli ayam gepuk!

Perkahwinan rentas negara sudah menjadi satu kebiasaan pada masa kini. -Gambar hiasan AI

PERKAHWINAN melibatkan pasangan berlainan negara kini sudah menjadi satu kebiasaan, termasuklah di Malaysia.

Justeru, tidak hairanlah jika ada lelaki tempatan yang menyimpan impian untuk memperisterikan wanita warga asing, antaranya dari Jepun.

Hasrat tersebut antara lain didorong oleh imej keayuan dan kesopanan wanita dari Negara Matahari Terbit itu yang sering dipaparkan menerusi televisyen atau media sosial.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di laman Threads, seorang pemuda mendakwa realiti sebenar berkahwin dengan wanita Jepun tidaklah seindah yang disangka, khususnya daripada segi komitmen kewangan.

Lelaki itu mendakwa lelaki yang mengahwini wanita Jepun perlu menanggung 100 peratus komitmen perbelanjaan keluarga. -Gambar hiasan AI

Menurut pemilik akaun zariqzaini, pandangan itu disuarakan berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah bekerja dengan warga Jepun.

"Lelaki Melayu yang berangan nak kahwin dengan gadis Jepun tu boleh kot rileks sekejap. 

"Berdasarkan pengalaman saya bekerja dengan orang Jepun, dalam perkahwinan mereka lelaki kena jadi pemberi nafkah sepenuhnya.

"Duit gaji suami isteri yang pegang dan uruskan. Bukan itu sahaja, isteri juga yang tentukan berapa banyak bajet untuk duit makan tengah hari suami," dakwanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin pemuda Malaysia, wanita Rusia pertama kali sambut Aidilfitri... Rasai keindahan suasana raya, waktu terbaik pelajari budaya orang Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim rancang nikah wanita Kazakhstan hujung tahun, rupanya bukan mudah proses kahwin warga asing

Tambahnya lagi, seorang suami juga perlu menunaikan segala permintaan isteri selain menyerahkan kawalan penuh urusan kewangan keluarga.

Disebabkan itu, dia secara sinis menasihatkan golongan lelaki tempatan yang masih berkira-kira dalam berbelanja agar melupakan sahaja hasrat untuk menyunting wanita dari negara berkenaan.

"Tambahan pula, apa-apa sahaja yang isteri minta... suami kena tunaikan juga. Jadi, kalau isteri minta ayam gepuk pun dah merentan, lebih baik lupakan sahaja mimpi nak beristerikan orang Jepun," ujarnya.

Hantaran yang mengundang pelbagai perdebatan hangat itu turut menarik perhatian seorang wanita kelahiran Jepun yang mendirikan rumah tangga bersama lelaki tempatan.

  • Lelaki tempatan menyimpan hasrat untuk mengahwini wanita Jepun.
  • Tular dakwaan wanita Jepun mengawal ketat soal kewangan keluarga.
  • Lelaki yang kedetut dinasihat melupakan hasrat berkahwin dengan wanita dari negara tersebut.
  • Seorang wanita Jepun mengesahkan budaya tradisional pegang gaji suami memang wujud di sana.
  • Pasangan moden di negara itu kini berkongsi komitmen kewangan kerana kedua-duanya keluar bekerja.

Menerusi ruangan komen, pemilik akaun annafarhana_japan mengakui amalan isteri menguruskan sepenuhnya gaji suami itu sememangnya wujud di negaranya.

Bagaimanapun jelasnya, corak pengurusan kewangan keluarga di Jepun pada masa kini sudah banyak berubah mengikut peredaran zaman.

"Saya orang Jepun, suami berbangsa Melayu. Di sana memang ada keluarga yang macam itu, tetapi zaman sekarang ini ramai pasangan suami isteri Jepun yang kedua-duanya bekerja.

"Jadi, biasanya mereka akan berkongsi perbelanjaan. Tetapi sebenarnya, semua bergantung pada keluarga masing-masing," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kaedah perkongsian komitmen dipraktikkan oleh pasangan moden di Jepun, wanita itu memberitahu bahawa pembahagian tugas membayar bil dan keperluan harian lazimnya dibuat secara bersama.

"Contohnya, suami bayar sewa rumah, bil elektrik dan air, serta yuran sekolah anak. Isteri pula bayar barang dapur dan yuran aktiviti anak.

"Saya pula bersuamikan orang Malaysia dan saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa," kongsinya.

Artikel Lain