suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dalam pantang serabut dijaga ibu mentua, larang guna kipas... Setiap hari bertengkar dengan CL fasal menu masakan

Penjagaan ibu berpantang perlu disediakan dalam suasana yang selesa. -Gambar hiasan AI

TEMPOH berpantang selepas melahirkan anak sepatutnya menjadi waktu untuk ibu berehat dan menyesuaikan diri dengan kehadiran cahaya mata baharu.

Disebabkan itu, ramai yang memilih mengupah penjaga pantang ataupun confinement lady (CL) bagi menjalani pemulihan dengan lebih selesa tanpa membebankan ahli keluarga.

Bukan sahaja itu, ramai memilih mengupah CL kerana ingin mengelak tekanan akibat perbezaan pandangan keluarga berhubung penjagaan sepanjang tempoh berkenaan.

Bagaimanapun seorang wanita yang baharu sahaja bersalin secara kaedah pembedahan atau Caesarean (C-Section) mengalami tekanan apabila ibu mentuanya mengambil keputusan menjaganya sepanjang tempoh berpantang.

Ibu berpantang perlu diberikan rawatan dan rehat mencukupi. -Gambar hiasan AI

Cerita rakan wanita berkenaan, ibu mentuanya cukup menekankan tentang kaedah tradisional selain tampil dengan pelbagai pantang larang.

"Kawan aku cerita ibu mentua dia larang pakai kipas, aircond, pakai jaket dan stoking.

"Tak boleh minum air banyak, makan kena sejemput je. Itu pun menu ikan kembung dengan sayur sawi.

"Mandi pula sebelum subuh dan tak boleh tidur sangat. Baby pula dia bedung ketat-ketat. Mak mentua dia ini dari utara, bingit," katanya.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman rakannya yang tertekan ketika menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak menerusi kaedah C-section.
  • Rakannya sudah mengupah penjaga pantang (CL) selama 30 hari bagi membantu proses pemulihan selepas bersalin.
  • Namun, sebaik pulang dari hospital, dia terkejut apabila mendapati ibu mentuanya turut berada di rumah untuk menjaganya.
  • Ibu mentua dikatakan mengamalkan kaedah berpantang tradisional yang agak ketat dan tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Keadaan semakin tegang apabila ibu mentua dan CL sering bertengkar kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penjagaan ibu serta bayi.

Malah ibu mentua rakannya itu dikatakan kurang senang apabila kebanyakan urusan menjaga bayi dilakukan CL malah sering membandingkan pengalaman sendiri dengan menantunya.

"Alah hang potong tak rasa sakit kena bius, mak anak enam semua mak teran," kata ibu mentuanya seperti yang dikongsikan.

Dalam masa sama, ibu mentuanya turut menghebahkan berita kelahiran itu kepada saudara-mara sehingga rumahnya sering dikunjungi tetamu dan menyebabkan si ibu kurang mendapat rehat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pedihnya berpantang tanpa bayi... Wanita keguguran diabai ibu kandung, niat bermanja ditolak mentah-mentah!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu berpantang terpaksa berdiri di KK, geram kerusi penuh geng suami ralit main ‘Mobile Legends‘ - “Luka jahitan pun masih sakit“

Akibatnya, wanita terbabit berdepan tekanan melampau yang turut menjejaskan kesihatan dirinya.

"Dia tertekan makan bercatu, susu tidak ada pun kena kutuk juga.

"Suami dia macam biasalah, jadi batu kerikil. Bodoh, tak bercakap takut mak dia kecil hati.

"Aku selalu pujuk kawan aku cakap niat mak dia itu baik dan minta dia bersabar," tambahnya.

Artikel Lain