suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu berpantang terpaksa berdiri di KK, geram kerusi penuh geng suami ralit main ‘Mobile Legends‘ - “Luka jahitan pun masih sakit“

Kerusi menunggu di Klinik Kesihatan sering kali dipenuhi golongan lelaki yang pentingkan diri. -Gambar hiasan AI

KEMUDAHAN di Klinik Kesihatan (KK) disediakan untuk memberi keselesaan kepada pesakit ketika menunggu giliran mendapatkan rawatan.

Namun segelintir individu masih kurang peka terhadap keadaan sekeliling sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan mereka yang lebih memerlukan.

Situasi itu dikongsikan seorang wanita yang terkilan dengan sikap individu tidak prihatin terhadap wanita mengandung dan ibu berpantang yang membawa bayi untuk pemeriksaan.

Situasi di Klinik Kesihatan sering sibuk dengan kehadiran pengunjung yang ramai. -Gambar hiasan AI

Dakwanya, kunjungan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) untuk menjalani pemeriksaan kuning atau pun jaundis baru-baru ini membuatkan dia berasa kecewa dengan sikap segelintir pengunjung.

Mana tidaknya, kebanyakan kerusi menunggu dipenuhi golongan suami yang didakwa leka bermain permainan telefon tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Beberapa hari lepas aku pergi KK untuk periksa kuning baby, aku masih dalam pantang dan luka jahitan pun masih sakit.

"Masa itu aku tengok ibu mengandung dengan yang bawa bayi tak ramai tapi yang jantan duduk main Mobile Legends... Buat bodoh je nampak aku henjut-henjut anak sambil cari tempat duduk.

  • Seorang wanita meluahkan rasa terkilan melihat sikap pengunjung yang kurang prihatin terhadap ibu berpantang di Klinik Kesihatan.
  • Dia membawa bayinya untuk pemeriksaan kuning ketika masih berpantang dan masih mengalami sakit pada bahagian luka jahitan.
  • Kerusi menunggu didakwa dipenuhi golongan lelaki yang sibuk bermain Mobile Legends tanpa menawarkan tempat duduk kepadanya.
  • Seorang wanita turut didakwa menggunakan ruang tiga kerusi serentak sehingga menyukarkan pengunjung lain untuk duduk.

"Tiada seorang pun yang bangun tawar aku tempat duduk, dah tengok aku cepat-cepat dia sambung main game," ujarnya meluahkan rasa tidak puas hati di Threads.

Selain golongan lelaki, wanita juga tidak terlepas daripada sikap pentingkan diri di klinik kesihatan.

Dakwanya, seorang wanita didakwa sengaja menggunakan lebih daripada satu kerusi seolah-olah bagi mengelakkan orang lain duduk di situ.

"Kau bukannya anak gajah sampai perlukan tiga kerusi! Aku cakap baik-baik dengan dia maaf kak boleh bagi saya duduk?

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dalam pantang naik teksi bawa bayi ke KK, muka pucat tak sempat makan... Tindakan jururawat buat ramai puji

ARTIKEL BERKAITAN: Individu kurang senang tengok warga asing banjiri Klinik Kesihatan, bimbang kadar kelahiran bukan warganegara meningkat

"Dia boleh buat muka tahi... Dia alih sikit je, aku pun duduk sambil uruskan anak aku. Tak tahulah dia mengadung ke apa sebab memang tak nampak apa pun," tambahnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya yang menyifatkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia mengenai ihsan terhadap orang lain masih ditahap rendah.

"Banyak perkara kita boleh belajar daripada perkongsian ini termasuk memperbaiki empati kita terhadap golongan memerlukan," antara komen netizen.

Artikel Lain